Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.
Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Pendakian Gunung Stong Ep. 2

Sejahtera ke atas kalian smua.. hye (:

[  Susahnya nk dapat mood untuk sambung entry yang lepas. Budak2 U sebok xm, aku plak bz giler dengan kerja beserta dateline yang tak mungkin putus2.Owh, rindunya saat bergelar student - exam dan study dgn kawan2. Indahnya.. Ok, stop stop. Meh cont ape yg patut di sudahkan. ]

..Continued..

Owh, nyamannyaa tido di dalam gerabak keretapi untuk pertama kali. Banyak yg aku jakunkan. Tak sangka ade lampu kt atas kepala katil tu. And yes, aku pun memulakanlah bacaan novel yang aku bawa. Bajet nak membaca sebelum tido, tp tak sempat setengah jam, mata da kuyu dengan perut yg penuh.

Sedar-sedar da masuk  Subuh. Dalam kol 730am kami tiba ke destinasi, hentian Dabong. Sampai je, kami tros ke gerai makan d tepi stesen utk mengisi ruang yg kosong d dlm perut ni. Nasi kerabu menjadi pilihan aku yg da lama kemaruk ns kerabu d kampung halaman - sigh - even ianya tak setaraf dgn home made nasi kerabu oleh ma tersayang, tp xpe la, Alhmdulillah..  Guide untuk aktiviti di Gunung Stong ni pn da tiba time kami sampai. So, sesudah memenuhkan perut masing2, kami meneruskan agenda.


Tempat tuju kami yang pertama ialah gua. Dalam tak sampai 10minit perjalanan, kami tiba di lokasi Gua Ikan. Tapi kami tak masok pn dlm Gua Ikan. Tempat tu hanyalah untuk menukar baju dan apa yang patut seblom memulakan penerokaan gua.

Tu dia pintunya..
Penerokaan gua di mulai dengan halangan pacat2 yang bagai dahagakan darah sejak sekian lama. Memang giler sungguh keadaan pacat di kawasan lalang menuju ke pintu Gua Gelap. Tak pernah seumur hidup aku, pacat berjaya mencuri darah dari badan ni. Tapi kali ni, bkn seekor, tp beberapa ekor yang cuba menerobos kulitku untuk mendapatkan darah. Bukan setakat kt kaki ok..sampai kt kepala pn ade! sengal sungguh!! mujur tudung menjadi perisai, Alhmdulillah. Dengan semangat yang buat2 kental, aku dengan selamber menjentik pacat yang ade di tudungku. Yes, aku nampak pacat dok bergayut kt depan mata aku - atas tudung depan mata. Hoho!

antara cth kaki yang hebat d ratah pacat. But hey, not me ok.
Sampai je kt pintu Gua Gelap, sumorg sebok membuang pacat yang dok bermaharajalela di badan masing2. Aku yg geli pacat pn, terpaksa memberanikan diri. Yup, sbb geli gak, aku x mo pacat2 tu berlegar2 di kaki. Nyah ko pacat dr diri ini , huh! Dekat 5minit gak kami sebok mengoperasikan pacat2 terkebut. Then, mula la pencerobohan gua. Head lamp di hidupkan utk memberi cahaya di dalam gua.

ok, dah la.. bersambung lg nanti..(^_^)V



Sunday, April 17, 2011

Pendakian Gunung Stong Ep. 1

Assalammualaikum...hi!

Petang 1 April 2011 tu, aku kalut giler. Balik opis mmg awal, blom kol 5 aku da chow. Semangat aku dtg awal semata nk blah awal. Tapi still, aku lewat. Semua gara-gara incik cab yang aku call, tak sampai2 even da hampir 20min aku tunggu bwh blok. Sangat mencabar kesabaran! Instead of aku tunggu cab yg aku da cal td,aku tahan cab tepi jln je. Oh, saat ni la aku nak nanges, kenapalaa aku xde sesapa yg boleh di minta tolong d saat ni, kalo tak, xde la aku kelam kabut cani..sob sob. Dah tu plak, nak smp ke Stesen Komuter Padang Jawa yg sepatutnya mkn masa x sampai 10min, ambik masa hampir 15min - JEM! deng!

OK, tgok jam, dah kol715. sejak kol 630 aku tunggu cab. fine. komuter kol 735, ticket train katenya kol 830. Yes, aku sangat teruja sejak beberapa hari sebelum ni sbb 1st time nk nek train jarak jauh, tp bila da jadi camni, segalanya berubah. Rasa nk je aku jadikan komuter bertukar jadi Putra LRT. if and only if i m a magician..lama dah aku bt camtu. huh!

Kol 820pm aku smp kl sentral. Dlm tempoh 45min nk smp cni, bermessage2 aku dpt drp ktua perjalanan..Bukan kate dia, aku pn risau nk mampos. Sesampai je kt klsentral, tercongok mber tu tunggu depan eskalator, mmg da klimax lewat nih! silap haribulan ade yg kn tinggal train. Terus je kitowg berlari anak naik ke stesen KTM. Memang train Ekspres Wau da ade da pun. Termengah-mengah gak laa. Mujur gerabak kitowg btol2 berada di depan mata. Phew~!

Masok2 je, tros caragass mencari katil. Wehuuu~ barulah semangat eksaited itu muncul kembali..weeeee~ tak sempat nk gerak train tu, perut aku da berbunyi2 mintak di isi. Seb bek pesan kt mber suh blikan mekdi td. Dengan penuh beradabnya, perut aku di isi dgn sebiji dabel cis beger. Burp, Alhmdulillah.

Mood eksaited aku kembali menyerang. Aku puas hati dapat nek keretapi dalam erti kata sebenar. Tambah2 ketapi yang ade katil..hohoho aku tdo dalam senyuman mlm terkebut.. ^_^



ok, ni bkn tpt tdo aku..
ni la pemandangan dlm gerabak berkatil


cafe

to b continued..

Tuesday, March 1, 2011

Pendakian Bukit Tabur.

 Assalammualaikum / hello all!

Senyum..senyu dan senyum.. still boleh tersenyum even tgn,kaki, badan sume sakit2, lenguh, luka, lebam dan yang sewaktu dengannya. Hari yang sangat menyeronokkan! Alhamdulillah.
Bermula pukul 4am, kami berkumpul d Shah Alam. Pendakian d sertai oleh 11org (5pompn,6laki). Start naik bukit kol 530am. Smp kt tpt nk tgok sunrise dlm kol 610am. Mendengar azan dari atas bukit dlm hutan adalah sesuatu yg peaceful. kami melepak di peak tersebut selama hampir 2jam utk menikmati pemandangan matahari terbit. Continue our journey at 8am till 10am. Letih tp amat berpuas hati. Sgt berpuas hati. If anybody ask me - Broga or Bkt Tabur? i choose Bkt Tabur. the experience is so different and challenging! TQ all new friends from K-Rect's group. Nice to know all of u :) Alhmdulillah.
yep, aku baru balik dr mendaki Bukit Tabur. and i juz copy and paste the words from FB. x larat kot nk ulang type benda yang sama. lenguh tangan. :p

Ape pun, terima kasih kepada Incik Al sebab menginvite aku untuk join group K-Rect yg sgt cool! Aku memang amat suke aktiviti rekreasi camni. Bak kata Incik Dark Half - just face ur fear.  yes i am. Alhamdulillah. weeeeee~ (even kaki menggeletar nk jejak tempat2 tepi batu yg bawahnya curam dalam, tp aku still cuba - walau x berdiri, duduk saja.kah kah)

Thanks to Kin juga (sanggup join dtg dr Kuantan). dan sbb Kin banyak tolong tarik aku dr tempat2 yg aku rasa sangat susah nk naik - takot OK, naik batu yg 90 darjah dgn x nampak tempat nk step kaki. mujur Kin berada di depan, dia yg tolong tarik tangan..hihi next time, nk p memane, boleh ajak Kin lagi. yeay~!

Thanks gak kpd drebar - Incik Al - sbb sudi secara paksa rela utk drive my car. hahaha (ye, spt maklum, aku x suke drive..ngehngeh) kpd kengkawan baru, terima kasih x terhingga. aku sangat gembira dpt jumpa kengkawan yg berasal dr kampung yang sebelah-menyebelah je dgn kampung aku (ini bkn ayat perkampungan [?] ok - it's juz aku yg sgt susah nk cari kawan yg tinggal berhampiran or sekampung dgn aku - aku kan perantau - ecewah~! ). hihi

Pengalaman pertama kali membuat rock climbing bagi aku sgt mencabar. abes tapak tanganku yg halus mulus ni luka sana sini. kasar sudey. badan, kaki, pun banyak yg luka dan lebam2 serta lenguh.cramp gak time panjat batu and time nk turun bukit tu.hee~ :p walaupun tiap malam aku minum susu anlene, tp kalsium spt masih berkurangan dalam badan ni. haiiihh.

tips utk mereka yg mahu mendaki Bukit Tabur ni..

1) bw air sekurang2nya 1.5L
2) headlamp
3) glove
4) choc sekurang2nya utk penambah tenaga. buah pisang pn sgt efektif!
5)air isotonik - penambah tenaga gak ni.

bg muslim,
1)sila bw air utk berwudhuk (solat subuh). as for me, pengalaman berwudhuk di broga dgn menggunakan spray air utk sembur baju time iron tu sgt praktikal. x perlukan air yg banyak utk berwudhuk + senang. so, tu la jugak yg aku bw utk naik Bukit Tabur ni.
2)yg muslimat tu, bw la telekung. kain x payah la. sbb korang sure pakai stoking, rite?
3)kalu x sejadah, kain bersih je pn xpe, utk lapik dahi nk sujud.

ok, ni antara gmb yg sempat d rakamkan (thnx incik Hilmi sbb mencantikkan lg pic ni) :

Time azan Subuh berkumandang. KL masih di sinari cahaya lampu.
Matahari sdg menampakkan diri.
Subhanallah!
This is us ^_^

Pisang bagus utk energy.

Yeaahaaa~!!

The Gurlz.
j'adore la sunrise.
ni antara peak yg kami tawan. pic ni d snap dr atas another peak gak, so, nmpk agak rendah je bukit tu.

Curam kan?
Kt sini la yg paling debor. kalo terlepas je tali tu..innalillah la..isk, Alhamdulillah sume selamat.

Ok2..enuff la.. more pics in my FB..kalo berminat nk tgok lg gmb2 menarik, sila la msok FB guer ye. (:

*entry ni d type pd ptg Ahad lalu, tp br d publish harini - selasa. sbb nk tunggu gmb paling cantik menarik utk di up kan kt blog ni. :p *

p/s: next ke manakah? Gunung Stong maybe? InsyaAllah.


Tuesday, February 8, 2011

Menyeberang ke Siam.

Assalammualaikum..haii..

Musim getah laku ke ni? ye la kot..

balik kampung ritu pun, ma beli anak pokok getah 100pohon. rm2.20/pohon. jauh kot p beli tu. kt siam woo.. betul! aku pn ikot. kitowg pergi Munok, Thailand. tp bila gugel, aku x jumpa plak tempat tu. tp mmg betol, org tempatan panggil tpt tu Munok.

ape yg best? xde ape yg best pun. cuma adventure kot. dulu, time form 3, masa tu baru pindah kelantan, aku slalu pergi ke Tak Bai, Siam tu. kat sana naik bot nak ke seberang sungai. tp nk seberang ke Munok ni, nek perahu woh! addoii..giler takotttt.. naik perahu yg ade motor tu la..bkn yg kn kayuh2 tu. passport? xperlu pun.. ic? xpayah gak. just bayar rm1 utk ke seberang sbg tambang perahu tu je.

mula2 sampai kt tepi sungai tu, giler pelik aku, apesal banyak sgt kereta parking ni? sampai atas bukit pn orang sanggup parking ok. nk membayangkan ramainye manusia hari tu. nk nek sampan pn aku takot..terhuyung hayang woo..air dalam glerr.. smpai je kt seberang tu, mak aiihh.. becaknyaaaaaa.. mmg mcm dlm tv yg korang dok bayangkan tu. a'ah. btol la tu. mcm zmn 80's kot.(sory,hs x canggih. mls nk amik gmb pn - kabur2 je)

gmb d Munok yg d rembat dr sape ntah ni.
ni over sgt ni.mcm lepas ujan je ni. tp inilah munok! ni pn rembatan gak ni.

kt sini, bley pakai duit RM ataupun baht. x kesah. peniaga pn da letak awal2 arga utk kedua2 matawang. n ofkos,peniaga berloghat kelate. ape yg org ramai sgt kt sini ek? aku pun pelik. tp mmg nitemare woo.. bak kate my mummy (auntie) "ramai sgt org. smp susu kena org depan." ggg. apekah? itu untuk membayangkan betapa ramai org smp berjalan berhimpit2, mmg badan bertemu badan. series. owh, rupenye sbb hari tu adalah hari Jumaat iaitu hari Nat (mcm hari pasar minggu utk org siam) dan time tu orang2 malaysia sedang bercuti CNY. tu pasal ramai giler la org. mmg susah nk dapat bargain yg murah giler la gamaknya.

owh, lupa nk cerita. mmg askar berlegar2 d kedua2 belah negara. yg kat siam tu lg laa..siap ade benteng pasir tu..askar pegang senapang siap. aku dok terpikir, kalo ade orang tetiba bt bom badan secara sukarela ni, mmg nahas laa..takotttt!! nauzubillah.

ape yg aku beli? hehe..aku xde beli ape pun.mmg xde plan. juz pergi sbb kak chik pesan beli kuali besor. and aku pun beli la kuali 19" yang harga rm32 brand crocodile. brand yg paling hebak la kiranye nih. ma pn beli periuk yg set 3 tu..1st kedai yg kami singgah, arga rm35 kot. pastu 2nd shop tu, dpt rm32. terus ma beli. bila p ke kedai terakhir (sbb mls nk pusing lg), tengok2 periuk ma bley dpt rm29 utk 3set tu. huhu terpancar ke 'frust'an ma. mummy pn beli periuk gak. agaknya mmg orang dtg sini nk beli periuk belanga la kot - murah. ade gak blanket arga rm13. cantik gilerrr..mcm comforter tu, tp nipis ckit. blanket semata2. aku nk beli, tp mcm x perlu. so, bersabar je la tgok. huhu

so, tercapailah hajat ma utk beli anak pokok getah+periuk di Munok. ma balik dgn penuh sengihan. ^__^


Tuesday, December 28, 2010

Family Day 2010 - Cameron Highland




hehe..sama x dgn pic kt atas? ni la kt puncak gunung brinchang. ^_^
(2nd day)

Sejahtera ke atas smua. (:

last wik, isnin -  kita d kejutkan dgn berita ttg bas yg eksiden dan menjadi asbab kepada kematian 28org pelancong thailand kt jalan cameron - simpang pulai. on dat tym, aku n famili mmg sdg berada kt atas nun, atas bukit cameron tu pn. kami tiba kt cameron hari ahad tu (19/12/2010 ) . gerak dgn 3 buah kete yg mn salah satu kete tu aku yg drive (full time driver), kitowg lalu kt simpang pulai tu la. jln xde la trok sgt kot, odw pergi tu. tp still, ade gak kanak2 yg termuntah hijau. haha 1 of my niece termuntah dlm kete, tp bkn kete aku ler..hehe seb bek.paling x le blah, abg zizul menggambarkan cane keadaan b4 si budak tecik tu termuntah..

" tgok2, mata ain da juling" kate abg zizul dlm kete.

x lama pastu..bluweeeeeeeeeeekkk!! hamek kooo.. muntah terburai dlm kete atas peha mama dia snirik.. wakakaka lawak glerr.. smp juling mata nek kete. kah kah.. ciann..

si kecik ain yg pkai snow cap biru tu la yg termuntah dlm kete..haha beside her: umairah. kazen dia.
(dlm apartment yg d sewa)

time benti kt kaki bukit cameron utk membersihkan muntah si kecik tu. siap bley sengih2 lg pas muntah. cett!
(1st day smpai)

owh, hari ahad petang tu, lepas bersantai2 rehat dlm umah, kitowg klua mencari mkn ptg..kami p ke pasar malam brinchang tu. aku x perasan la plak, org ape yg ramai. tp along ckp, ramai org2 thai kt pasar mlm pd hari ahad petang nk maghrib tu. mungkin mereka yg along terserempak tu da x bernyawa kot now ni. mungkin merekalah mangsa nahas bas yg isnin haritu. *insaf seketika*

ni la tpt tinggal kami kt sana. lupa la ape nm apartment ni. tp TM pny - sponsor by along.
diz is my whole family :)
(3rd day, da nk balik ni)


kt stoberi farm (day 2)

day 2 - tmn bunge.

day 2 - taman rama2


pemandangan dr balkoni umah d hari ke 3.

bee's farm day 3

ladang teh boh. last port before gerak pulang.



ok ok..dah laa..nk tgok p kt fb aku ek.. berlambak lg gmb. 

last. my famili potrait.

perjalanan balik, selasa ( 21/12/2010 ) kami da x lalu kt laluan simpang pulai tu. sbb kitowg bajet, sure kes semalam (isnin) yg bas terbabas tu x habes lg, mst jem pny. so, kami lalu kot jln lama yg teramatlah berbengkang bengkok. mcm ular kena palu. laluan tu x igt nama jln ape. tp dr cameron tu, tros tembus Tapah. abah kate, jalan tu mcm jln kl - gua musang suatu ketika dulu. huhu adventure gilerr..

dah dah. ok. last pic - my beloved niece.


wuhuuu...alhamdulillah. percutian kali ni mmg besh sgt. swonok. sejuk2 gituuu..hee.. nx year? pangkor kot katenye, insyaAllah XD

Friday, December 17, 2010

Semangat holiday dtg lagi


kucen ni sgt comel. tp bkn ttg kucen ni aku nk cter.aku nk ckp ttg tpt kucen ni d ambil gmb.. haha ktne? kt cni sbnrnye...

taraaaaa...


yeaaahhh... im off to Cameron Highlands tis Sunday - with my family! weeeeeeeeeee~

tomorrow morning ma,abah, adik n si kecik-kecik ank2 sedaraku akn smp,insyaAllah. last year kami berada d Langkawi, tahun ni bakal menerjah cameron plak. hehe alhamdulillah.. smoga gathering and holiday bersama family terchenta akn merapatkan lagi tali silaturrahim kasih sayang antara kami smua,amin.. :)

nantikan update terbaru nx wik, insyaAllah. XD


Sunday, November 7, 2010

cuti 3hari

Assalammualaikum...hollaaa uols :)

Wiken sempena Deepavali ni korang btpe? wuhuu~ me not alone diz wiken (: there's sooo much hangout here n there. at first, i tot it will be a looong 3days off. ye la, besenye wiken if duk kt umah sewa, mmg xkan gerak ke mn2. sbb (1) malas (2) bazir minyak (3)sorang2,mau p mn? (4) duk umah layan ym lg besh (:

tp, wiken kali ni amat syiok..heeee my x-housemates sume berkumpul. yep, Hast n Kin pulang ke pangkal jalan..hahaha perbezaan ketara bila ada mereka berdua d rumah. rumah da x sunyi lg. yeay~!

agenda Jumaat dan sabtu.. soping..mkn seafood + lepak...soping.. p visit fren yg dpt bb baru.. p konsert!

hohoho.. yep, kami p konsert. konsert FOC. xde kos sampingan. minyak pn xperlu. jalan kaki sudey. hihi utk kesekian kalinya, setelah hampir 2thn+ meninggalkan alam degree hidup sebagai pelajar UiTM, kami pergi ke konsert. ye laa.. ofkos, seblom ni, sokmo pn p konsert yg dlm UiTM je pn.. battle of d band la besenye. or,kalu yg besh ckit, konsert time2 merdeka ke, dowg jemput artis2 tu. ye, tau.. mmg kitowg baik pn ;p x pernah pn p gig watsoeva.. bkn kate nk p, flyers pn xpenah smp ke tgn kami..bahahaha

so, smlm, kami berempat nk melepaskan rindu sbg org muda. kebetulan konsert Hot FM bt depan umah je pn..kt icity, so, kami menapak la p.(ek eleehh,hot fm je pun..ckp cam konsert antarabangsa bunyi..hee) mak aaiiihh.. ramai sungguh org. dr belakang, kami menyusup2.alas, kami berjaya berada d antara yg d hadapan. tp xde la btol2 depan stage. tp bley kira depan la. dekat je. hujan2 pn wa xkesah beb. bukak payung laa..ngahaha lantak la org bakang..teehee (oh, sila jgn salah anggap, bkn kami je bukak payung..ade gak ramai bukak payung, sbb cam hujan lebat ckit time tu)

tgh syiok2 layan lagu.. tetiba x pasal ade org x bertamadun kt seblah kitowg. hopefully mereka tu bkn lepasan UiTM. amat memalukan kalu lepasan U begitu perangainya. perhaps they r still dak skolah menengah kot. berdasarkan keketotan mereka..hee~ y dgn dowg? menjerit2 xde pasal - not bout d singer nor d song. if it is, then kami xkesah. sbb kami pn layan.. tp ni kecoh mengejek? huk aloh.. WTFUN. sungguh mcm hampeh. menjerit kt tepi tinge kitowg plak tu. mau je amik botol yg da kosong ni sumbat kt mulut dowg. gler sakit tinge dgr. kin da buat muke.. aku juz senyum n bley kate.."xpe kin,pengalaman.." wakakkaa

setelah 2jam+ berdiri +  berhibur, kitowg pn blah. x larat berdiri dah. lenguh kaki. ujan pn xhenti2. baju da basah. dlm hati masing2, rupanya kami monolog snrik, tp terkeluar dlm perjalanan balik, kitowg berkata.."ok, tis is d last kot, enap la.." hehe.. kenapa? ntah, mcm x sswei dah berada d kelompok begitu.

swonok gak bila da lama x enjoy camtu. 2hari berturut2 aku habiskan masa d luar. so, harini, i say no to go out. hanya kin n k my je yg masih larat (ye laa..sbb smlm dowg x klua time aku n hast bersoping tghri) harini hari berehat sedunia. hari melayan internet dan hari utk my SBFF. (:

hast da balik ke n9. kin n k my da kua soping. now i'm alone again. but i am enjoying diz relaxing tym, being alone. n waiting..yeah..i'm waiting for u (:

*gmb, nnt update. sbb dlm IP4 kin..dia sdg bersoping d lua.(sj kasitau 'IP4', sbb ade bau kedai tuu..hehe)

me put a loaddsss of smile tis wiken ^_^

Friday, July 9, 2010

Holiday wif Geng Orang Kampung

Salam Jumaat & salam sejahtera kpd smua..

Dah ckup seminggu br nk update cter ttg p Redang ritu.haha sbb igt nk kumpul gmb byk2 dulu, then choose mn berkenan utk post dlm new entry ni. tp nmpk gaya,1camera  shima lg lambat sgt nk kasi gmbnya, oleh yg demikian( xle blah ayat skem A), aku choose gmb2 drp 2camera je la ek..

So, we all bergerak dr Seri Kembangan kol 9.30pm, right after Ktua kg selesai tugas dia..al-maklum la..tugas seorg ktua kg  DBA mmg mencabar..shift working hour, nk buek acano.. kami drift 2buah kete vrooooooomm troooosss ke KT. kete orenji-san dan kete miss cherri membelah kesunyian d mlm terkebut.. dlm kelajuan, kesesatan jugak lah ckit2.. seb bek dpt pulang ke pangkal jln dgn jayanya. ngehngeh..

Tiba d KT around 3.30am. kami bertiduran, merehatkan diri d banglo yg tersergam indah d pinggir bandar KT. sungguh nyaman skali berada dlm kawasan kampung. tup tup, baring da terlelap smp subuh.. after solat kitowg bersiap utk gerak ke destinasi yg d tuju. bekpes pg tu? peerrghhh...jgn jeles ya.. kitowg d sajikan dgn nasi impit + wedges buatan kampung oleh mummy wan. n d best is..harapan dan impian aku mlm td, ketika john membontoti lori buah duyan - tercapai! kitowg d sajikan dgn buah duyan fresh dr ladang...weehuuu~ bekpes da mkn duyan beb..wallaweehhh..cedaaappp...isinya tebal, lemak manis..errgghh...maveles! dlm kete odw ke jeti Merang, paham2laaa... burrrpppp... semerbak bau gas duyan...kahkah (oopsss...not me ok. aku sendawa tutup ng bantal, pastu bukak tingkap. ;p )

Taraaa...dah smp jeti Merang..



~ galok tgu boat smp..haha~

Nek boat dlm setgh jam gak ler.. boat tu pny drift, smp kecut perut aku..tp besh plak..haha
Kitowg xdpt duk together2 dlm bot, sbb da penuh.so, ade yg duk depan,ade yg duk bakang. me myself pn duk ng sesape je..lantak la labuu...asalkan bley smp redang..haha 
~ dat's me - yg bt peace kt depan tu..ekeke tudung biru ye tuan2 puan2..~

Sampai je jeti Redang, mak aiihh...hati tros jatuh cintan! haiipp...no no..bkn kpd manusia, tetapi pd kejadian Ilahi..Subhanallah.. cantiknyeee...
~ pandangan dr jeti~



~ jejak kaki kt jeti~

~ here we are..~

Tak tunggu lama, dpt je key bilik, rehat dlm 10min, tros zaasstt..kitowg klua ke pantai..bermandi manda membasahkan badan sbb terliur dgn air yg biru ijau tu..huhu ni tentative program kami..


ok2..mls nk cter pjg, kitowg p snorkling 3x sms kt cni. yg 1st snorkling, kaki aku da berdarah2 kena shell yg lekat2 kt batu tepi2 tpt coral tu..sob sob..luka agaklah dalam..uwaaa~!! sakit seh.. takot gak, takot ikan jos dtg terkam..hukhuk :( sgt sedih. tros moody lepas kejadian. tros aku nek bot. cakiiitt :(( 

~ moody pn ade hati nk bergmb :p ~


hari ke 2 plak, kitowg p tmn laut marin. time kol 9am camtu. ombak agak kuat time kejadian. conclusionnye, tpt ni xberapa cantik coral dia. n sbb tpt coral tu tepi pantai je, so, byk la kaki2 yg terluka terpijak coral n batu2 yg byk d tepi2 tu. nak d jadikan cerita, kami tertarik ke tgh laut gak ler tym tgh syok tgok coral. 8of us, sumenye tertarik. nk balik ke pangkal jln, mak aih..susahnyaa..dgn aku yg xreti berenang.. alhamdulillah, ade kwn2 yg sudi membantu..hukhuk (sebak terharu) T_T xlama kitowg duk kt c2, sbb da serik dgn kaki sumorg luka2 berdarah bagai. alas, duk kt tepi pantai je la...

~ cni la tpt marin tu, xbesh sgt pn.. kt batu2 bakang tu la kami sume tercedera kaki tgn dan segalanya..~


balik snorkling pg tu,kitowg bt aksi terjunan dr jeti sowg2.. gilerr laa..takot seh! mcm nk bunuh diri rasanya..hahaha bila da lompat tu cam.."Ya ALlah..ape aku bt ni...owh no!"..huhu debusshhh~~!! masoklah air dlm rongga idungku ini..smp ke dlm tekak..errgghh...bulp..timbul smula ke atas air..huhuhu tp syiok! xperience tu beb...pasni tobat xmo buat dah! ekekeke


~ setelah aksi lompat dr jeti~

ptg hari ke-2 agak besh tpt snorkling dia. yg ni d best kot. thumbs up la! mmg heaven.. cantiknyeee..ikan2 jinak, sume d keliling kami je. asal ade roti secebis, sume berebut2 smp tergigit tgn..haha geli uuu...tp syiok! *wink* (sory,xde gmb kt cni plak..isk)

mlm hari ke 2 ade BBQ.. tp xdan amik gmb..sumorg da full n letih.. kitowg pn cam bese la..ade agenda tukar2 hadiah laki- pompn.. sumorg puas hati dgn gift masing2..teehee.. ^_^

~ jom, balik! babai redang.. ~


end of d day at redang, sumorg pn xsabar2 nk shopping kt KT plak..haha.. lunch kt umah wan again, n yep, again we had duyan!! pengat duyan wif pulut..walla~! sgt sedap. 4x aku tambah..ooppss.. hee~

ok la, utk pic yg lebih menarik tertarik ko mmg deboommm! silalah lawati photo album facebook aku.. aku da compile drp 2buah camera..sdg tgu camera terakhir je lg..xdapek2 lg pic ni..haiihhh~ 

fyi, kitowg pny cam sume xlut air..so,xde la gmb underwater...sadis gak, tp apakan daya...

conclusion, tis trip is really awesome! i really had my sweet memorable time wif all of u guys - geng org kampung.. lap u la... so, where's d next? teehee

Related Posts with Thumbnails