Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, December 24, 2014

(1) Masih ingat cerita tentang first crush yang aku cerita dekat sini? Kelmarin tengok FB, beliau baru meninggalkan status Single. Upgrade kepada Married. K. *NangisLajuLaju* Semoga yang terbaik untuk kamu, first crush. Tsk!

(2) Kelantan sedang mengalami banjir teruk pada masa ini. Risau, walaupun Alhamdulillah, tiada ahli keluarga yang terlibat dalam bah. Semoga Allah melindungi mereka semua. Semoga di permudahkan segala. Amin.

(3) Rasa selesa dan bahagia serta gembira selalu membuat aku rasa takut pada masa yang sama. Takut hanya sementara. Takut andai ini ujian yang buat kita leka. Oleh itu, aku lebih suka mengingatkan diri - ini sementara. Andai di beri hendak oleh Dia untuk berterusan, itu adalah satu nikmat yang tak mungkin aku menolaknya. Semoga bukan hanya aku yang merasa.

(4) Perempuan, sifatnya sangat mudah berada di awangan. Sangat mudah perasan, senang kabo. Jadi, awak, jangan mudah perasan. Nanti padah kalau tersungkur.

(5) Nak melancong ke luar negara, tapi memandangkan ekonomi makin merudum, kena tukar plan. Melancong dalam negara je la. Ke mana mana pulau yang belum di jejak, yok?

2 comments:

cEro said...

Aku pon selalu berangan nak melancong ke luar.
Tapi baru2 ni aku baru sedar yg dlm KL sendiri pon aku tak habis singgah.
Sbg contoh, Menara KL. Tak pernah sampai...hehehe

~* chirpy_chummy *~ said...

@cero : itu memang melampau tu. KL Tower pun tak pernah sampai, padahal duduk KL. haha

btw, ko patut p sana. ada kupon murah untuk makan dekat restoren berpusing dekat situ. cari dekat GroupOn. Aku pun tak pernah naik restoren tu. Tapi macam menarik.

Related Posts with Thumbnails