"Aku nak kahwin! Kahwin ni macam satu pencapaian dalam hidup, kau tahu? Kiranya macam salah satu aras pencapaian ko."
Duduk di belakang dan terus cuba melelapkan mata.
Semua orang punya masalah tentang pasangan hidup. Dia yang di hadapan itu, sudah punya marka, tapi masih belum mampu berumah tangga. Terlalu banyak perkara yang harus di fikirkan; lebih lebih lagi soal kewangan. Merungut itu ini. Aku? lebih senang duduk diam tutup mata pura-pura tidur di seat belakang. Dalam hati ayat aku terkurung di kerongkong tak terlepas keluar.
..OK la tu, kau ada marka. Punya cita-cita dan niat untuk berumah tangga. Punya aim untuk di selesaikan segera. Punya misi bersama...
Rezeki - jodoh itu juga adalah rezeki. Masih belum punya sesiapa, tetapi aku juga punya misi untuk membahagiakan ibu bapa, teroka dunia dalam masa yang sama menabung untuk 'masa itu' andai tiba-tiba Tuhan kata sudah tiba masa aku berumah tangga. Benar, aim aku tiada untuk misi yang terakhir tu - masih belum punya targetnya. Agak selow bila tiada target, sebenarnya. Haha

2 comments:
Aku dapat kesan trend risaukan masa depan terutamanya soal rumahtangga ni berat ke arah perempuan berbanding lelaki.
Bg aku dan kawan2 (lelaki) aku, when it comes, it comes. Ada yg dah prepare kewangan, tp calon belum ada. Ada yg (macam aku) serah bulat2 pada takdir.
When it comes, it comes.
@cero : Lelaki tak kesah sebab mereka lagi berumur, lagi dewasa. Perempuan, had umur 40 dah menampakkan ketuaan mereka. Doktor pun tak galakkan perempuan pregnant lepas umur 40.
>.<
btw, yang aku cakap kat atas tu adalah kawan lelaki aku. bila dah berpunya dan serius dalam perhubungan, tak kira lelaki mahupun perempuan, sure akan ada rasa mahukan ikatan sah dengan segera.
Post a Comment