Masuk ke tahun 2015 dengan bermacam-macam perasaan.
Pertama: perihal banjir yang Alhamdulillah dah semakin reda di Kelantan, tapi meningkat di Pahang. Tentang nasib mereka yang kehilangan : sama ada nyawa dan harta benda. Sekali tengok macam tsunami kesannya. Rumah lesap sama sekali. Innalillah. Allahuakbar.
Kedua: perihal MH370. Perihal kehilangan kawan-kawanku. Terbaca berita baru di Laman Muka Buku. Entah benar atau tidak. Aku terbayang, andai aku di tempat mereka. Terbayang akan nyawa yang di hujung tanduk. Tentang sakit ngeri sedih mereka tanpa salah. Semoga Allah membalas segala kejahatan itu andai ianya benar.
Azam?
Jom check azam tahun lepas, apa ceritanya. Hehe. So, as usual, print screen my desktop.
my wish list for 2014:
1)being more muslimah. kumpul baju2 labuh.
80% mengikut apa yang di rancang. Alhamdulillah. Di bawa ke tahun 2015. InshaAllah.
2) Car tinted
done!
3)mr right!
=.= Hrmm.. belum di temukan lagi, mungkin. Masih meneruskan doa dan usaha. Semoga tahun ini ada perkembangannya. Haha
4)menabung - sebulan rm400~500? boleh?
Tak berjaya kot. Timbal balik segala perbelanjaan, ada benda yang aku perlu dahulukan. PTPTN contohnya.
5)sedekah - sebulan rm50. boleh?
:)
6)apply uni UK woi! course - MBA IT ?
Cancelled. Ada sesuatu yang buat aku make a second tot.
7) Istikamah - solat sunat minimum 2rakaat (dhuha) - hari2.
Weekend selalu missed. Hrmm.
8)istikamah puasa sunat isnin kamis + (new!) puasa sunat 3hari tengah bulan.
Yang 3hari tengah bulan tu tak berjaya. :(
9) balik kampung paling kurang 3bln sekali!
Alhamdulillah, berjaya! :)
10) new extreme games - kete tuu.. :)bunggee jumping? :O
Yeay, accomplished! dah main TGV (kereta tu la). weeehuuu~! bungee jumping je belum. so, ok la..sebab dalam azam yg ni, salah satu je. Jadi, salah satu tu dah tertunai. Alhamdulillah :D
11) baca 6 buah buku/novel sekurang2nya!
Berjaya habiskan 12buah buku. :D
12) baca AQ lepas Subuh/maghrib - hari2!
Seminggu purata 2kali je kot. Banyak lagi kena lawan setan ni!!
13) bayar ptptn 1k sebulan
Heh. RM300 je mampu derrr. Tsk!
Jadi, azam 2015 apa agak agaknya? Belum di fikirkan lagi. Tapi ofkoslah, tengok azam 2014, ada banyak gak tak tertunai dan haruslah di bawa ke tahun ini - 2015. So yeah.
Semoga 2015 lebih menjanjikan seribu kebaikan dan harapan baru untuk aku, keluarga, sahabat handai serta muslimin muslimat seluruh dunia hendaknya. Amin.
Selamat datang 2015! Rabbi Yassir Walaa Tu'assir. ^_^


2 comments:
Bagusnya azam-azam kau...hehehe
Sila cari Mr. Right cepat-cepat :)
Hehe. Azam yang biasa biasa, Cero. Mungkin kena buat sesuatu yang outstanding kot untuk 2015 ni.
Tolong doakan aku untuk Mr Right tu weh. :D
Post a Comment