Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Friday, September 28, 2012

.Buku.

Ada sebuah buku yang telah lama berada di rak buku. Lama. Sejak tiga tahun yang lalu. Buku yang sama judul itu di beli sebanyak dua. Niat hanya satu pada mulanya. Tapi sekarang ianya tidak mungkin kesampaian untuk di tunaikan. Ah, takpa. Takpa.

Aku ambil buku yang cantik judulnya itu. Ku belek belek buku itu. Kuning sudah. Kerana tak berusik sejak tiga tahun yang lalu. Namun isinya tetap cantik. Putih. Itu adalah buku yang sama judulnya. Di beli sebanyak dua. Satu telah habis di khatam lama dulu. Sejak tiga tahun yang lalu. Yang banyak mengubah aku.

Buku yang sama judul itu ada dua. Satu untuk aku. Dan satu untuk dia. Ya, dia. Sesiapa sahaja yang bakal menjadi yang-sebelah-lagi. Pernah hampir aku mencoret nama di laman depan buku yang satu itu tiga tahun yang dulu. Yang kuning tidak terusik itu. Hampir hampir, terlalu hampir untuk mata pen itu menulis namanya. Mujur, ia masih bersih hingga kini. Putih. Bersih. Aku ambil dan aku belek lagi. Ada tetamu di hujung mata, seka.

Buku yang sama judulnya itu ada dua. Di beli sejak tiga tahun yang lalu. Tapi untuk siapa? Sampai kini belum ada yang empunya. Tuinggu, tunggu, ianya bakal tercatit nama. InsyaAllah. *senyum*

No comments:

Related Posts with Thumbnails