Motor di hentikan di tepi laluan kenderaan beroda dua di sebatang lebuhraya yang tak pernah surut dengan pelbagai kenderaan menuju ke ibu kota. Seorang budak memakai seluar panjang biru gelap dan berkemeja putih yg berlogo di poket sebelah kiri duduk menunggu ayahnya di atas motor kapcai Honda EX5 hitam yang di hentikan sebentar di tepi jalan kecil itu. Si ayah berjalan menuju ke sebuah premis berpapan tanda merah. Laju dia melintas jalan kecil itu. Melayukah dia?
Seorang. Dua orang. Tiga orang. Semua yang keluar dari premis itu adalah berkulit cerah bermata sepet. Ada juga yang berkulit gelap dan berambut kerinting. Empat, lima, enam orang. Semuanya aku bilang, berasal dari bangsa yang majoritinya bukan beragama Islam.
Keluar seorang ayah dari premis yang sama menuju ke arah anaknya yang menunggu di atas motor hitam Honda EX5. Melayukah dia?
Papan tanda premis berwarna merah berlogo burung hijau.
Melayukah si ayah itu tadi? Owh, bukan itu yang harus aku tanyakan. Soalan sepatutnya : muslimkah dia?
Aku, sedang berada di dalam kereta menunggu giliran keluar ke jalan utama di simpang sebelah premis yang berpapan tanda merah berlogo burung hijau bertulis TOTO.

2 comments:
Permandangan seperti itu sgt byk kali aku nampak...
Tapi, kalau dah bawak anak sekali, itu SANGAT tidak patut..
tau xpe. tp tu lah, sikap penakut aku melebihi sikap berani untuk menegur. :(
Post a Comment