Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.
Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Lautan Buku

Assalammualaikum..holla all ^.^

Last wiken, on Saturday, adalah hari soping sedonia.
Ingat tak ritu aku dok berkira-kira nk pegi mn satu, either bertemu sahabat kamceng terbaik, atau bertemu idola? yezza... Alhamdulillah, i managed to do kedua2nya sekaligus. weeehuuu~ :D

Dah kate sahabat kamceng smp mati, ofkos la all the gurls got no hal to follow me to PWTC. utk sm2 bergelumang dgn org ramai di lautan buku itu. (hoho, yes, i m not d ulat buku, tp nk pegi gilerr sbb nk jmp Prof Kamil - my idola)

jln jem nk mampos utk ke PWTC, kami harungi juak. And sahabat2ku yg begitu memahami suruh je aku turun dr kete bila da smp depan pwtc tu. kalo nk tunggu park kete, mmg lg lambat laa..lg lambat, lg tipis harapan aku utk bertemu Prof. Berlari-lari anak gak la aku n hast merentas org ramai yg berpusu-pusu nk msok tu. And phew! alas, kol 230pm kami berjaya masok ke dlm dewan yg sdg berlangsong perasmian buku terbaru Prof. Aku speechless bila bukak je pintu, teros ternampak Prof, tgh bersalam dgn sumbody kt stage tu. hoho! gumbira gilerrr x terkata. senyum meleret panjang berjela ^o^

And yay! kami dpt buku percuma drp Prof.. weehuuu~ buku yg br di rasmikan td.. eh ah eh ahhh..sukenyeee.. sgt! Aku giler x tau nk ckp ape bila berdepan ng prof.. alahai.. speechless.. nk amik gmb sama2 pn aku jd malu..harharhar..

And yg lagi best, buku Puan Roza (wife Prof) pn turut sama d rasmikan hari tu. And ofkos la aku x lepaskan peluang beli buku dgn harga hanya RM10 instead of RM19 di pasaran. ^o^ siap kami amik otograf lg ok..hoho yeayyy.. complete set of buku Prof n Puan Roza kt rak buku aku..yeaayyyybaaa!! (ye,mmg x banyak mn pn buku kt rak tu 8celi..lalalala~ )

Jgn judge a book by its title ok - there's 'sumthing' inside.
Operasi mencari buku d teruskan. Hlovate and FIXI dlm list!
taraaaa!!

Hadiah drp seorang kawan. -TQ- ^.^

Hasil pengaruh blogger lain. heh!
Buku free (sbb beli >2buku drp FIXI) - i lykeee!
Owh, tp dalam list aku x de plak buku yg satu ni.. tp bila da bc ckit dalam buku tu, haiihh.. cam kn beli la kot.. xkan nk bc perabih kt c2, sambil d perhatikan oleh penulis buku itu d depan mata. :p and yup, got a signature from bro tukartiub - Isam. ;)

"Study ktne?" - Isam
"Kt UiTM" - me
"OWh..kos ape?" 
"Kos CS"  *senyum2 kambing*
"Haaa... bagus2..skang tgh final kan?" 
"A'ah..tgh final" 
"Berapa sem lg abes?" 
"Eh, sy da kje..hee~"

Betul laa.. mmg la skang ni tgh bz dak2 uitm final. aku tau tu. sbb aku pn duk kt area c2. n btol la jawapan aku,kan? aku x tipu.. :p


Conclusion, rak buku tetiba penuh. and yup, resit utk tax redemption for nxt year da ade RM100..

pesanan penaja: Sila simpan resit beli buku, beli alat sukan, bil broadband dan yg sewaktu dgn nya utk claim tax akan dtg.hoho!

Thursday, July 15, 2010

ALAM MAHSYAR

Morning, assalammualaikum..pg ni dpt email drp kak chik cyg..menarik utk d share..ttg alam mahsyar..jom baca!


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya ?Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?? Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya ?Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?. Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta?ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

?

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12.. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta?ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ?Arasy itu tiba
dibumi.



15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.



16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari ?Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& ?Atid / Kiraman Katibin.



18.. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19.. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta?ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a...w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta?ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Wednesday, July 14, 2010

Isabella

Assalammualaikum n hye korang :)

Yep..here goes 1 more novel that i complete reading it last weekend - ISABELLA.

Isabella - kisah seorang gadis cantik yg sangat di segani di Cordova,Sepanyol kerana statusnya sebagai anak ketua paderi di negara itu suatu ketika dahulu. Dia juga seorang jelitawan yg d kagumi ilmunya dalam bidang kitab2 bible dan merupakan seorang yg sangat pintar. Kealimannya dlm agama anutan nenek moyang bkn calang2 - al-maklumlah anak tunggal ketua paderi termahsyur.

Buku ini mengisahkan tentang perbandingan antara Kristian dan Islam secara fakta mengikut kitab bible dan Al-Quran itu sendiri. Perbandingan yg membuka mata dan hati Isabella utk memilih jln yg lurus iaitu Islam. Perbahasan antara penganut Islam dgn paderi2 Kristian yg di atur oleh Isabella akhirnya membawa Isabella ke dlm Islam. Beliau di tentang sekeras2nya oleh ibu bapanya sendiri dan juga seluruh warga Kristian dgn amat perit sekali. Di dera, di seksa dgn amat teruk skali, namun imannya yg kental tak mampu menundukkan Isabella.

Kepintaran beliau d sertai dgn keimanan yg teguh kepada Allah akhirnya menjadikan beliau salah seorang yg amat alim lg d segani. Pengetahuannya yg mendalam tentang Al-Quran dan Bible(sbb dulu dia mmg mengkaji kitab agama nenek moyang dia ni) bkn calang2. Meskipun d cabar oleh sesiapa jua, beliau berjaya menumpaskannya dgn perbahasan berfakta yg amat hebat!

memang xrugi aku baca buku ni..mmg besh! puas hati beb.. ^_^



* nx book in d waiting list..Karipap2 Cinta (haha, ni buku pinjaman drp opismate. sj nk ubah selera bacaan sekali skala :p )

Monday, May 31, 2010

Syahadah Gadis Ateis


Syahadah Gadis Aties - sebuah novel yg sgt istimewa. Jarang aku nk (rajin[?]) utk tulis komen or perhaps sinopsis novel or buku2 yg aku bc. Tapi novel ni,ade sumthing yg bt aku rajin utk bercerita ttgnya mlm nih.

Buku ni bkn calang2 novel bagi aku. Byk ilmu yg xpernah aku tau sbg muslim, yg d huraikan dgn cara mudah paham serta logik berpandukan surah2 Al-Quran d samping perbandingan yg d buat dgn kitab2 agama lain d dunia ini. Persoalan yg sering d 'bom' oleh pihak2 yg kurang paham or perhaps 'jeles' dan xpuas hati ttg Islam itu snirik - yg sering or pernah d tuju kpd kita. sumtimes, kita pn tertanya2 utk jwpn tu, sbb ape? sbb kita pn xde plak inisiatif utk 'mengorek' sedalam2nya ilmu itu. Tp novel ni sng, mudah dan amat memuaskan hati - dgn segala jwpn yg d berikan.alhamdulillah, aku ketemu novel ni, atas suggestion seorg sahabat :) terima kasih yg xterhingga.

8celi novel ni berkisar ttg seorg gadis yg hampir murtad xcayakan agama kot, even d lahirkan islam,tp x d besarkan cara islam yg sebenar yg keliru ttg hidupnya. dia bertemu seorg pemuda rock yg nmpk mcm kutu rayau,tp sbnrnye seorg yg sgt berilmu. dgn pemuda ni lah,gadis tu berborak semlman d dlm keretapi smp smua persoalan dpt d jawab dgn cth2 yg mudah d fahami dan d sertai dgn maksud ayat2 al-Quran. stiap jawapan yg d berikan berpandukan dan besertakan ayat2 kalam Allah ini.

Antara yg menarik perhatian aku, yg aku selama 26thn hidup dlm Islam pn xtau..(see,how jahilnya aku), ialah persoalan, ttg apakah agama Nabi Muhammad SAW seblom baginda d angkat sbg nabi pd umor 40tahun? huhu yezza, dia mengikut agama nabi ibrahim, yg juga beragama d landasan Allah yg sebenar. yep,mmg aku xtau pn seblom nih.. n aku pn terpk, ape agama family nb muhammad saw b4 diz..n dat's it! agama yg d anut oleh nabi muhd SAW ialah agama dr turun temurun famili baginda. Sume ni ade dlm al-quran rupe2nya..surah al-an'am ayat 161, surah an-Nahl ayat 123, surah Ali imran ayat 67&68.sume ni aku jumpe dlm novel ni,yg salah satu bab dia mengutarakan persoalan tersebut. aku ni bc je quran, tp aku xmenghayati apatah lg memahaminya dgn teliti.sungguh terok!

N, d akhir novel ni, aku terasa sungguh....(no words cud xpress- bercampur baur)..sbb betapa beruntungnya kita d lahirkan dlm keturunan Islam, tp kita terlalu selesa smp lupa mencari dan mencintai yg Esa. lihatlah mereka2(muallaf) yg d lahirkan dlm keluarga yg tak mengenali Islam. mereka terpaksa bertungkus lumus utk membezakan yg mn benar dan mn salah ketika akal mereka semakin matang. mereka adalah manusia yg sangat hebat! sungguh hebat! kerana mereka berjuang dan bermujahadah utk mengenali pencipta yg Satu. mereka sanggup menempuh hidup yg beronak duri- d buang famili, d pukul, d halau, d ancam bunuh dan sebagainya semata2 utk pulang kembali kepada Islam (pulang kembali, kerana smua manusia d dunia ini d lahirkan dlm agama Allah, cuma d didik oleh ibu bapa yg berlainan agama).

thumbs up utk penulis novel ni :)

* aku suke bli buku d PTS online..sng mudah. buku ni pn aku bli kt PTS ONLINE bookstore ^_^


Tuesday, April 20, 2010

Travelog Cinta Abadi

Assalammualaikum...^_^

i am so hepi 2 d max today :)

got present from sum1... weehuuu~ tersangat gumbira smp xleh nk ilang senyum ni dr bibir..huahuahua syukur,alhamdulillah..

yiipppiii~ SURPRISE!!


hoho..mmg surprise glerr ok..maceh sbb kasi adiah ni *wink (aku pn xtau nape dpt adiah ni 8celi..myb sbb buhsan dgr aku celoteh ttg pn roza n prof kamil kot:p )

sape pn roza? dia adalah wife kpd prof kamil, my feberet author of travelog haji n travelog dakwah. pn roza br je berjinak2 menulis..n penulisan beliau bg aku (base on her blog), sama hebatnya dgn prof. but i can't say anything ttg buku ni lg..sbb xbaca lg..hehe but i xsaba nk kluakan my thumbs up..ekekeke tgok kulitnya,hebat.cantik glerrr...munge2 ros banyaaakkk... isi dlm? cantik! ade bunge2 gak...(woit, ni nk bc ke nk tgok bunge? puukkk pukkk, kasi sekeh ckit,bior sedar! huh!)

*ohoooo...aku xsaba nk bc kt dlm kete nnt ptg...cepatlaaa..nk balik...nk bc bukuuuuuuuuuu...

Friday, February 19, 2010

Friday is Jumaat

Salam Jumaat uolz.. kabare wak? hallluuuu....

yeeeaaahaaaaa... angre2..yeaybaa yeaybaaa.. jumaat sudey.. woh, there's only 2 working days for diz week (for me laa..hehe)

bangkit tdo bunyi sore azan pg td, terpisat2, terpk2..owh, harini is friday. penghulu segala hari. hari yg penuh barakah, insyaAllah. dlm salah satu buku yg pernah aku bc, dlm sehari hari jumaat, there's a time where all of our doa will come true, IsyaAllah. tp nobody know's when is d right time. perhaps now, myb dah past pn.. who knows? so, d point is.. marilah membanyakkan berdoa d hari ini..

2nd is.. tahukah anda, bhw jumaat is hari where ahli kubur mendapat hadiah masing2? mereka akn menunggu penuh harapan pd hari jumaat, agar mendapat dulang yg bercahaya.. hadiah drp ahli keluarga dan sahabat handai yg sudi memberi hadiah yg amat berharga utk mereka. yg masih menyayangi mereka. itulah sedekah dr mereka yg masih bernyawa d muka bumi. sedekah bacaan yasin, doa2 serta bacaan ayat2 suci al-quran serta sedekah amal jariah utk mereka (bersedekah atas nama ahli kubur berkenaan).

selain membuka minggu baru kita dgn bacaan yassin, apalah salahnya kiranya kita menghadiahkan bacaan yassin itu kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sbg tanda kasih syg kita kpd Baginda, serta sedekahkan bacaan tersebut kpd para sahabat baginda, kaum keluarga baginda. jgn d lupakan kpd kaum keluarga, guru2 dan sahabat handai kita serta seluruh muslimin dan muslimat yg masih hidup mahupun yg tlh meniggal dunia. last but not least, hadiahkan bacaan yassin utk diri kita sendiri.. smoga hari2 mendatang d lalui dgn penuh ketenangan dan kebaikan, insyaAllah.

owh, ckp ttg bc yassin, uols tau x, kalu kite bc yassin tiap hari d awal pg, insyaAllah hari2 kita akan d permudahkan oleh Allah. smua urusan akan berjalan lancar, dgn izin dari-Nya ofkos..

ok ok, kang org kate aku berceramah plak..hehe juz sharing. sbb td terbaca kt blog sape ntah, ttg sedekah jumaat nih. ok, chow chin chow~~

SMILE ^_^

Wednesday, February 10, 2010

Siapa mahu pinjam? (berlagak sikit2)


 :) taraaaaaaaaaaa... juz bought it. segar dr ladang. wiwiwiwi... ok,mau tdo. da kol 1.18am. nitezzzzzzzzzz...

Tuesday, February 2, 2010

May I Borrow Your Book?

Assalammualaikum kalian..haiiii :)

Attention please....

Ada x sesape kengkawanku di cni yg mempunyai buku " Aku Terima Nikahnya" ?
Nak pinjam,aci x? sesape yg ade...
Please....

p/s : oit, aku bkn nk kawen lg laa... jgn d sangka title buku camtu hanya utk mereka yg mau kawen shj.. hohoho.. inilah yg d katakan, "Don't judge a book by its cover".. hehe same goes to buku2 Prof Kamil.. Travelog Haji - x semestinya org yg nk p haji je baca.. besh wooo buku tuuu.. seyes! Travelog Dakwah - bkn hanya utk mereka yg nk berdakwah shj... sape nk pinjam gtau aku...hee~

Friday, January 22, 2010

Sabarlah

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan
ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.

1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan
salah satu angguta tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman dan
lain-lain lagi.

2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, rosak
dan sebagainya.

3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana.

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan
kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan
langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda
kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan
dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan
lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat,
iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus di-
rundung malang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga
keredhaanNya.

Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan
redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak
mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan
hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya.


cdt to taman2syurga yahoo group.


Rasulullah SAW tlh bersabda :
"Tidak ada suara yg lebih d sukai Allah drp suara rintihan hamba yg berdosa lalu bertaubat dan berkata.."Ya Tuhanku"..lalu Tuhan berkata,"Baiklah wahai hamba-Ku, mintalah apa yg kau mahu, kau hamba-Ku spt sebahagian malaikat-Ku. Aku di kanan, kiri dan atasmu. lebih dekat dr isi hatimu. Hai malaikat, saksikan, Aku tlh mengampuninya"
petikan drp buku: Penenang Jiwa(Imam Al-Ghazali - terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)
* senangnya cara bertaubat...kn? tepuk dada tny iman..

[+] owh,anda x salah blog..ye..diz is chirpy-chummy.blogspot.com. hee~ sumtimes, we need to share wut we have, so, ape salahnya aku nk share ng korg :p nantok? xpe..p la tdo...da lewat mlm ni...ekeke

till then. SMILE :)
Related Posts with Thumbnails