Hidup ini ada putarannya. Di uji pada saat hati mendatar, boleh buat diri jatuh tersungkur masuk lubang dalam dalam sampai susah nak tolak diri sendiri naik semula. Sudahlah tiada sesiapa yang boleh membantu hulurkan tangan dari luar lubang. Cepatlah datang tolong!
Hidup ini ada putarannya. Manusia berubah. Ada orang merindukan perkongsian sehari hari daripada yang jauh di mata. Seungkap ayat pernah di utarakan oleh orang sana lewat 2tahun dulu, "tak tahulah kenapa tiba tiba dah tak rapat dengan mereka." Sekarang, agak agak tahu tak siapa yang tiba tiba berubah dan membuatkan hubungan renggang? Ah, itu semua andaian. Hati manusiakan mudah berbolak balik? Apa yang mahu di herankan? Ada orang merindukan perkongsian sehari hari daripada yang jauh di sana.
Hidup ini ada putarannya. Hari hari yang di lalui rasanya seperti hanya menanti untuk tiba ke hari minggu nanti. Di kelilingi famili adalah terapi. Berdialog bersama bonda tentang hari hari yang di lalui hampir boleh mengundang titisan air hujan. Segera bonda pujuk hati dengan ketawa suka. Mahu peluk bonda kuat kuat.
Hidup ini ada putarannya. Antara kau sedar atau tidak, kau harus yakin, kau mampu tempuhinya. Tuhan takkan uji kalau bukan kerana sayang. Sedarlah, Tuhan sedang fokus terhadap kita. Bersabarlah dan hadapi dengan tenang.
Hidup ini ada putarannya. Senyum saja, ya?
2 comments:
Sebut tentang hidup dan putaran,
aku selalu dengar orang kata 'hidup umpama roda, kejap di atas kejap di bawah', hakikatnya hidup lebih sesuai umpama roller coaster, sebab kalau roda, lepas bawah kita tahu kita akan ke tengah dan seterusnya ke atas dan ke tengah kembali dan ke bawah semua. Ianya cycle yang boleh diramal. Tapi roller coaster, sekarang kita di atas, tiba-tiba ke bawah, tiba-tiba ke bawah lagi lagi dan lagi, ianya unpredictable.
Tak kisahlah.
Apa-apapun Mar. Bersabarlah.
Aku tak tahu penuh, tapi bersabarlah.
Roller coaster! Yeah. Aku rasa itu lagi tepat kot. Ada tak yang roller coaster yang mendatar? Hehe
Anyway, thanks Cero. Aku harap tak lama sangat menjunamnya roller coaster ni.
Post a Comment