(1)
Tak boleh tahan untuk tunggu esok hari untuk tahu kesudahan kisah. Bunyi mesej bertalu talu masuk pun tak di endahkan.
:
:
Kesabaran yang tinggi, Allah janji akan balas dengan keindahan. Sabarlah! Akan ada cahaya di hujung jalan. Itu janjiNya untuk hambaNya yang yakin dan sabar menghadapi dugaan.
Surah Yusuf. Mashaallah. Subhanallah. Silakanlah membaca dan hayatilah sehingga ke akhir kisahnya. Di akhir surah begitu menyentuh hati. Menangis. Bukan kisah ibu anak. Tetapi bapa anak. Ya, bapa dan anak.
(2)
Mawla Ya Salli Wa Sallim. Sila google atau cari di Youtube. Selawat yang begitu syahdu, merdu, membangkitkan rasa rindu kepada Baginda SAW. It's looping in my list.
Kadang, terfikir juga, takpelah tak jumpa jodoh di dunia ini. Yang penting, aku nak jumpa Baginda Rasululllah SAW di sana nanti. Layakkah?

No comments:
Post a Comment