(1) Kesibukan dengan banyak benda prioriti sampai tak tahu nak letakkan yang mana dulu yang mana kemudian. Satu persatu datang berduyun duyun. Ingatkan datang silih berganti. Tapi bukan. Ia datang bergondong gondong bertambun tambun.
(2) Menonton muvi untuk kesekian kalinya seorang diri lalu di cop "Forever alone. Kau memilih sangat."
:
:
Alhamdulillah, ini ujian aku, kawan. Aku doakan kau takkan pernah rasa ujian sebegini di kalangan keluarga terdekatmu. Amin.
(3) "Penyakit ini tiada ubatnya," seseorang berkelulusan kedoktoran pernah berkata kepada saya lewat 5-6tahun yang lampau.
Tiada sakit yang tiada ubatnya. Itu janji Allah.
(4) Tak sangka ada yang sanggup membunuh diri gara gara ayat penyata di atas.
(5) Harapan dan doa terus menerus. Semoga Ya Rahman membantu dalam menyembuhkan. Stress juga berkeadaan begini.
(6) Ikhtiar. Ada review positif yang agak banyak di situ. Berharap semoga berjaya. Tak sabar tunggu Sabtu sebagai langkah pertama. Allah humma yassir walaa tu-assir.
[+] Hal duniawi semata. Iman nampaknya agak merudum. My bad.

7 comments:
hahahah tang ayat "kau memilih sgt" tu rasa cm nk ckp je: memilih? i dont even have a choice to begin with..
kau sakit ke? huhu..
@zyra : aku pun jawab camtu, Zyra. nak pilih apa, calon pun takde. Dan aku suka juga cakap semula: "kau tahu ke bila kau nak mati?"
Yup. Alhamdulillah. Aku sakit setelah berpuluh tahun hidup sihat. Tapi sakit yang tak nampak sakitnya. Tak bawa maut pun (kalau tak bunuh diri kerana stress menghidap sakit ini). haha
Aku macam pernah tanya tapi lupa sama ada aku dapat jawapan ke tak,
tapi kau sakit apa?
@cero memang ko pernah tanya. Tapi aku jawab tak straight to the point. Kikiki
Kau sakit hati ke?? Atau kau ada satu jenis penyakit yg memang wujud dalam bidang medik tp rare? Hmm.. takpelah...semoga cepat sembuh.
Kau memilih sgt? Pernah reject org x? Kalau kau pernah, x pelik la kalau member ckp kau memilih. haha...
@bro ley: aku tak pernah rejek orang pun. Adakah itu masih dalam kategori memilih?
Post a Comment