Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Sunday, August 2, 2015

Si gadis adalah kawan baik dia sejak di bangku sekolah rendah. Mereka berkongsi kisah yang hampir sama jalannya tentang journey pencarian 'Encik Benar'(?).

Hari ini, si gadis terasa sedih apabila menyedari dirinya di perbodohkan dan ditolak mentah dengan keadaan yang agak kurang ajar oleh seorang lelaki.

Sedang pada masa yang sama, si kawan baik itu juga sedang berperang dengan perasaan sendiri apabila menyedari yang dirinya juga telah di letak di 'zon kawan' oleh seorang...kawan?

Bermulalah sekali lagi usaha mereka. Di buang segala sisa di hati. Semoga tercuci rapi. Di siap siagakan elok elok untuk yang betul betul berhak. Semoga Tuhan merahmati.

Aku, menanti penuh persoalan. Bagaimana cerita ini bakal berakhir nanti.


2 comments:

cEro said...

Apa boleh buat, life sucks.
Yang mampu kita buat adalah terus ke hadapan dan berharapkan semuanya menjadi lancar (kembali)....dan of cos doa. Doa itu penting.

~* chirpy_chummy *~ said...

BEtul tu, Cero. Harapan, rancangan, semua tu takkan terlaksana kalau bukan atas kehendak Dia. Bersabar dan teruskan berusaha di samping berdoa. Moga moga mereka dan kita sama sama berjaya dan bahagia. amin. :)

Related Posts with Thumbnails