Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Sunday, August 9, 2015

1) Sakit ini nampak gayanya dah tak teluih dengan ubat yang ada. Aku pun tak faham kenapa. Adakah faktor pemakanan atau usia?

2) Sekali tarik rambut, segenggam tercabutnya. Selak sikit nak tengok keadaan kesihatan kulit kepala, ternampak beberapa urat rambut berwarna putih. Ah, kesan ubat.

3) Seorang lagi kawan, bakal menempuh usia angka 3 (padahal tahun depan kot. Lambat lagi..). Lelaki. Beliau menyuarakan kerisauan perihal jodoh. Bertabahlah kawan, aku yang perempuan ni yang patut lebih lebih risau pasal benda ni.

4) Acapkali perihal jodoh di suarakan kepada aku, aku selalu ingat pesan kawan kawan yang sedikit sebanyak sangat melekat dalam hati:

"Jodoh ni takkan lambat, takkan cepat." -- Kak Ayin.

"Pandanglah keliling. Mana tahu orang yang depan mata kita itulah bakal jodoh kita sebenarnya." -- Hana.

"Jangan terlalu mudah friendzone/brozone/siszone seseorang." -- Azhar.

5) Pesanan terakhir tu sebenarnya buat diri sedar. Mungkin sebelum ni secara tak perasan, sentiasa meletakkan dinding limit. Semua orang di anggap kawan and that's it. Terlalu takut nak buka hati pun masalah rupanya. So now, the door is open. Tapi kena berterus terang sebab anda sedang cuba berinteraksi dengan seorang yang sangat lurus. Pesen tak paham hint hint ni. keh keh.

6) Raya? Cubaan mengawal berat badan. Semoga berjaya.

4 comments:

cEro said...

Sakit apa weyh?

Kau makan ubat apa sampai effect rambut tu? Citer arr sikit...

~* chirpy_chummy *~ said...

@cero, aku tak makan ubat pun. Takde ubat makan untuk sakit ni, syukur alhamdulillah. Hanya ubat sapu. Tapi ubat tu aku selalu sapu dekat kulit kepala. Tu pasal efeknya rambut. Hihi no worries, sakit tak serius n inshaallah tak bawa maut. Cuma takde ubat untuk sakit ni completely sembuh n hilang buat masa sekarang melainkan dengan Izin Dia. Inshaallah.

~* chirpy_chummy *~ said...
This comment has been removed by the author.
~* chirpy_chummy *~ said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails