Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Friday, June 12, 2015

1.
Kerap terfikir tentang kematian. Kehilangan. Mungkin kerana ada beberapa kematian terjadi di kalangan keluarga kawan kawan yang begitu memberi impak kepada mereka; dan saya juga. Bagaimana jika terjadi saya yang pergi dulu? Adakah orang yang akan menangisi? Adakah sesiapa yang akan rasa kehilangan? Adakah sesiapa yang rasa menyesal? Atau aku yang terpaling banyak menyesal? Kah!


2.
Agak agak, atas sebab apa akan aku di kenang tangis nanti?


3.
Tangisan keluarga, teman rapat, kawan baik, sahabat handai dan kenalan mungkin hanya akan bersama kenangan kita selama...say...setahun mungkin? paling maksimum pada hemat aku. Kemudian? Mereka semua perlu 'move on'. Jasad ini pun akan berlalu setelah di mamah ulat segala bagai. Yang tinggal hanya aku - roh ini. Sendiri. Apa aku buat untuk penuhkan bekalan bila sendiri nanti?

3 comments:

cEro said...

To be frank, aku pun slalu fikir perkara yang sama.
Tapi ada masa terutamanya bila tgh berseronok, semua persoalan tu macam tetiba hilang dari kepala.
Then dia datang balik masa aku duduk sengsorang...

~* chirpy_chummy *~ said...

Itulah. Samalah aku pun. Semoga kita istikamah di jalan-Nya, amin.

~* chirpy_chummy *~ said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails