Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, May 25, 2015

Kelakarlah kau ni. Bila orang tanya nak makan mana, kau kata - Tak kesah je memana. Aku OK je.
Orang pun ajaklah kau pergi makan dekat mamak.
Terus kau kata - Alaaa..panaslah, ramai orang. Tempat lainlah.

Orang nak belanja makan. Tanya dekat kau. Sebab nak meraikan kau. Kau kata - Tak kesah je. Beli makanan luar dan makan dekat kafe pun tak apa.
Bila orang dah dapat tempat makan yang sederhana, tak mahal tak murah, kau kata - Alaaa, dah biasa lunch dekat situ. Tak rasa seperti di raikan pula.

Aku? Senyum saja. Dah kenal. Kita hidup tak sama taraf. Kau tinggi sana, aku tengah tengah. Selagi boleh, aku mahu yang sedap tapi murah. Susah nak dapat, jadi aku ambil yang sedang sedang saja. Asal kenyang sudah.

2 comments:

cEro said...

Aku pun ada kenal species macam ni.
Tapi lagi tak seronoknya dia di kalangan keluarga sendiri.
Nak tak nak kenalah terima, takkan nak buang keluarga pula. Hehe

~* chirpy_chummy *~ said...

hrmm..kena banyak bersabar dengan orang cenggini. Kengkonon fleksibel. Tapi sebenarnya memilih. =.=

Related Posts with Thumbnails