Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, January 26, 2015

1) Takut terhadap kesilapan hati sendiri untuk kesekian kalinya membuatkan kita terlalu berhati-hati. Tutup segala ruang yang ada dan berharap yakin tawakkal terhadap yang telah tertulis sejak di dalam rahim. Akan ada masanya, tepat tak lewat, itu janji.

2) Kucing, comel tetapi amat renyah untuk di uruskan. Bulu bulu halus yang melekat di pakaian adalah najis. Di depan dan di atas riba aku ini ada pakaian yang punya bulu bulu halus berwarna putih. Yes. Sedikit tercabar kesabaran.

3) Sunyi. Sahabat sahabat baik, teman di hujung minggu, teman sebilik sebulan sekali, semuanya sedang berbadan dua. Aku masih di sini. Memeluk sunyi.

4) Segan juga rasanya bila selalu menumpang makan bersama sama merpati dua sejoli. Beberapa bulan lagi, tambah lagi berat sunyi ini. Aku pasti.

No comments:

Related Posts with Thumbnails