Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, September 24, 2014

First crush? Haa.. salahkan Cero  sebab mengimbas kembali kisah crush pertama ni. :p

First crush aku dulu adalah semasa di tingkatan 4. Maklumlah, sebelum tu aku sekolah perempuan semua sampai tingkatan 2. Masuk tingkatan 3 yang bersekolah campur, aku jadi penakut-pemalu-tahap-dewa punya sama laki sampai tak pandang muka hatta tak bercakap langsung dengan lelaki di sekolah masa tu (ada 2orang je budak kelas lelaki yang berani tegur aku dulu dan itulah saja kawan lelaki yang aku pernah bercakap masa tingkatan 3. Tapi aku pun dah lupa nama diorang. =.=" )

So, berbalik kepada kisah crush pertama. Sejujurnya, sampai saat ni pun, aku masih suka tengok dia (tru FB ofkos). Lemme count..hrmm.. dah 14tahun rupanya. Senyuman dia tu ha.. manis giler. Haila.. manisnya...manisnya oh senyumanmuuu.. eh!

Dulu, aku pernah berdoa, mohon agar dia duduk dekat dengan aku. Masa tu dekat maktab, lelaki kena duduk baris depan. Perempuan kena duduk belakang. Jadi, ada satu masa tu, kelas kitorg ubah corak kedudukan meja. Aku punya idea, lelaki semua duduk tengah-tengah, melintang menghadap ke arah white board. Perempuan pula, di tepi tepi kelompok lelaki, berbentuk V, jadi guys memang masih berada di hadapan perempuan gitu. Faham tak? Bila meja di susun bentuk V, hujung V tu akan jadi mengecil, kan? jadi, meja lelaki yang di tengah-tengah bentuk V tu, akan ada yang terpaling hampir dengan meja kaum hawa. Dan...yang seronoknya, kebetulan meja dia adalah yang terpaling hampir itu. Meja aku pula, adalah yang terpaling dekat dengan dia. Weehuuuu~! Seronoknya baq hang! hahaha

Tapi, di sebabkan aku sedar diri, aku hanya mampu tengok je lah. Dia memang antara yang terpaling pandai dalam kelas. Aku pula, antara golongan yang tercorot. Dah lah tak berapa bijak, rupa pun takda. Baiklah aku diamkan aje. Borak pun gitu gitu je walau dekat sedepa.

Nak di jadikan cerita, beberapa bulan lepas, aku terserempak dengan dia di IKEA setelah 12tahun tak jumpa. Rasa macam...^__^ Ya Allah..memang dia masih manis macam dulu. Di sebabkan aku sampai sekarang pun masih jenis penyegan dengan lelaki, dan macam tak de sebab aku nak minta nombor fon doktor muda dan single ini, jadinya aku hanya sengih sengih dan tanya khabar dalam 2minit je. Tsk!

Crush oh crush.
Kalau jodoh, tak ke mana, ye dak?
Tapi kalau tak di usahakan, memang kat situ je la kot.
Hrmm..


7 comments:

cEro said...

Hahaha..
Seronok plak aku baca cerita kau ni Mar...
Teringat zaman sekolah dulu aku manipulate kedudukan kelas sebab nak dapat tempat belakang..hehehe

Tp, sebab tu dipanggil crush...
Sebab walaupun suka, tapi kita tahu yang ianya hanya suka...Tak mungkin dapat lebih dr itu...

Unless kalau kita betul2 berusaha dan tekad, kan?

~* chirpy_chummy *~ said...

Aku nak usaha, tapi..tapi...

perigi mencari timba tu adalah sesuatu yang masih memalukan kot. Segan weh.

cEro said...

AKu rasa orang zaman sekarang macam tak kisah sangat kalau perigi cari timba ke hape...
Cuma yg penting self esteem...
Bab self-esteem, aku mmg fail.
Kekadang aku rasa aku tak suka diri aku sbb self-esteem rendah sangat...

~* chirpy_chummy *~ said...

Aku takut kalau di tolak, kang elok elok kawan jadi lain macam dah pulak. Weird kot. Sayangnya kalau camtu.

*sigh

~* chirpy_chummy *~ said...

Btw.. ko lelaki beb. *tolak Cero* kena berani!

Kalau aku lelaki, aku rasa macam ramai kot aku selamber cakap. Hahaha mujurlah Allah jadikan aku perempuan, ada terlebih sifat malu berbanding kaum adam.

cEro said...

Tapi,
jadi laki ni pon payah gak mar...
Kalau selalu sangat kata suka org tu, nanti dilabel player...
Cam aku, kadang2 aku suka, tp aku selalu diam je sbb aku rasa macam dia boleh dpat orang yg lagi baik dan hebat dr aku...
**morale down**

~* chirpy_chummy *~ said...

Cero, aku tak rasa orang akan label player kot. unless, kalau selalu sangat pesen cepat suka orang.

Tapi, kalau dah kena rejek, ofkoslah kita kena move on dan cari yang lain, ye dak? Tapi takde la sampai mudah sangat nak menyukai seseorang, betul?

Ko kena try beb. Manalah tau dia pun tunggu ko cakap sesuatu? haaa..

Kalaulah aku lelaki..hrmmm..

Related Posts with Thumbnails