Impian 1: Memiliki sebuah rumah comel yang ada kebun bunga cantik dengan rumput kehijauan.
Impian 1.1: Perabut warna putih. Mungkin boleh di hiasi dengan olahan warna warna pastel lembut. Krim, kelabu dan peach contohnya.
Impian 2: Membeli sneakers baru. 2pasang yang lama dah lebur. Tinggal sepasang. Nampak simple, bukan? Boleh di beli dalam masa sebulan. Tapi itulah. Terlalu memilih dari segi harga. Kedekut? Heh. Mungkin kalini akan melabur duit untuk yang berkualiti. Biar mahal sikit, puas hati pakai lama. Gitu.
Impian 3: Membeli handphone baru. Cita-cita asal berkehendakkan Ipong. Tapi, bila di suluh segala segi, dengan harga yang lebih murah, boleh dapat sebuah handphone brand lain yang lebih power dari segala segi. Jadi? Masih berkira-kira. Masih punya waktu. Handphone sekarang masih sudi berkhidmat walaupun sedikit uzur (baca: slow melow). Alhamdulillah.
Impian 4: Melancong ke negara bersalji. Korea? Hrmm.. Kalau tak dapat main salji pun, sekurang-kurangnya mahukan tempat yang sejuk. Cakap keluar asap. But please, not Otty again. :p
Impian 5: Bertukar angin kerja baru. Letih dan kurang bersemangat bila melakukan kerja-kerja yang sama selama 4tahun. Wow! Niat asal hanya mahu bertapak selama 2tahun. Kini dah enjak 4tahun. Rasanya molek dah kita berhijrah. Gali ilmu di sudut lain pulak, ye dak?
Semua yang di atas, enak kalau di mulai dengan Impian 5. Ayuh! :)

2 comments:
lebih kurang je impian. berangan juga nak beli sneakers tapi hari tu tengok converse pun dah naik harga. tak macam 5 tahun lepas. haha.
Kheenn.. mar usha brand Fila haritu una. Dekat klia2. Ada less 30%. Lepas less rm105. Dah termimpi-mimpi ni. >.<
Post a Comment