Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, January 22, 2014

Setiap orang di lahirkan dgn rezeki yg berbeza beza. Ada orang, rezeki dia dapat temu jodoh awal. Ada org pula, rezeki dia di lahirkan berbadan free size, mudah dan senang nak beli baju murah murah. Ada orang tu, rezeki dia dapat keje gaji sedap, keje sikit.


Benda ni, kalau nak di list down kan, banyaklah yg kita rasa orang lebih, kita kurang. Padahal, Tuhan tu Maha Adil. Cuba kita listkan, apa rezeki kita yg berkaki panjang ni? Apa rezeki kita yg wajahnya biasa biasa saja ni? Apa rezeki kita yang belum ketemu jodoh lagi ni?

Siapalah kita untuk mengeluh dan membanding bandingkan rezeki yg telah tercatat sejak di loh mahfuz?
" Maka, nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?"- Ar-Rahman, 13.

*kopipes status sendiri di FB - peringatan utk diri sendiri yg slalu terlupa dan kadang kadang mengeluh juga.*
-_-

No comments:

Related Posts with Thumbnails