Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, January 27, 2014

1.

Pulang dari USS dan tak sempat bercerita tentangnya. Kesimpulannya, kalau nak pergi sila pergi hari bukan cuti. Andai nk p juga time cuti, sila ambil pass VIP. Beratur 1.5jam, untuk sesuatu yang hanya makan masa 5-10minit.Mujur puas hati dengan penantian tersebut even tho ada games yg tak sempat nak naik (baca dengan nada x puas hati).

2.

Tak pernah berjumpa. Hanya di kenali di alam maya sudah hampir 2tahun barangkali (tak pasti). Warm welcome daripadanya sangat membuat kami terharu. Ke sana sini berjalan jalan mencari makan di bandar JB. Burung biru - aku kira medium jalinan perkawanan yang tak kurang bagus juga di masa kini. Sungguh, kau tak canggung walau tak pernah bertemu. Terima kasih untuk itu, kawan. :)

3.

Hujung minggu dengan menonton teater. Sokongan untuk seorang lagi kawan dalam circle yang sama. Kali ini bersama kawan kawan yang belum pernah aku lepak sama sama dengan hanya aku cuma. Kami sama seperti perempuan kebanyakan - bergosip bila berjumpa - tapi kami tak amik port bila ia tiada kaitan dengan kami juga. Heh. Terima kasih kerana sudi meneman, kawan. :)

4.

Sobat datang menumpang rumah di hujung minggu.Ada satu berita yang sangat menjulang hatinya bila pulang dari makan malam bersama seorang teman yang baru di kenalinya. 3kali bertemu sudah cukup untuk membuatkan si jejaka membuka niat melamar sobat. MashaAllah, terjawab sudah semua tanda tanya ragu hati sobat selama ini. Sesungguhnya, janji Ilahi itu pasti. Tiada yang mampu mengubahnya walau sesaat. Bersyukurlah. Alhamdulillah. Semoga di permudahkan segalanya untukmu, sobat. Aku menumpang bahagia.(:

5.

Ruang perkenalan di buka seluasnya. Jika berjaya, mungkin akan bercambah cabangnya. Jika tidak, kita masih boleh mencuba untuk cabang yang lain pula. Bumi ini luas, bertebarlah kita di atasnya. Jangan di lupa erti bersyukur selagi nadi ini punya denyutannya. Bersabar dan bersolatlah.

6.

Esok, bakal berkongsi gembira bersama sekawanan 'pondan'. Sebulan sudah  di kumpul perasaan ini. Semoga segalanya di lindungi Tuhan. Tazabarnyaa! ^__^ KRABI, here we come. wiwiwiwi~

No comments:

Related Posts with Thumbnails