Manusia..
Normalnya manusia bila kurang mensyukuri.
Ada ada saja yang tak mencukupi.
Punya teman untuk di nikahi,
Masih jua kau kata, kau tak boleh lagi mencintai.
Maaf,
Aku sungguh tak memahami.
Apa kau punya teman untuk di nikahi itu bukan teman yang sama yang kau cintai?
Andai bukanlah jawapannya,
Maka, di mana kau letak dia; di bahagian mana baris ke berapa?
Terpaksa?
Apa kau mahu mencintai perempuan atau lelaki lain lagi dan lagi kerana cinta yang di beri masih belum mencukupi? Begitu?
Atau kau sendiri tak yakin dengan teman yang bakal menjadi pendamping siang malammu itu nanti?
Pada aku, orang yg bakal di nikahi adalah orang yang kau telah, akan dan bakal jatuh cinta berkali kali dan lagi lagi nanti. Tiada ruang kosong untuk aku tegar mengatakan aku bakal tiada ruang untuk bercinta - lagi.
*sigh*
Bersyukurlah.
Sedang kami ini masih lagi tercari cari dengan tiada petanda yang pasti, siapakah gerangan yang sebelah lagi;
Kau dan dia sedang berusaha menuju ke tarikh yang telah di janji.
Jangan kau terlalu mengeluh itu ini,
Syukurilah apa yang telah di beri.
Aku - juga seharusnya bersyukur untuk yang semalam, sekarang dan yang mendatang nanti. Terlalu banyak perkara yang telah di hadiahkan dan di sempurnakan oleh Dia pemberi rezeki.
"Maka, nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?"- Ar-Rahman, 13.
*save-simpan dalam draft untuk berbulan lamanya-harini baru perasan-rasa cambest dan klik publish!
:p

6 comments:
Saya sangat suka Ar-Rahman(: penuh reminder. And I agree with you. Manusia memang mudah sabar, tapi kita payah nak rasa syukur.
Indeed! Ar-Rahman, ayat yg ini jadi feberet saya. di pegang - supaya tak lupa bersyukur.
Mohon andai suatu hari nanti saya terlupa, ada insan yang datang dan pukul bahu saya. Bacakan ayat ini di telinga saya.
-_-
Aku ada baca dekat satu tempat...
cerita pasal keinginan memiliki...
Rupanya, mmg lumrah bila manusia dpat sesuatu, dia akan inginkan sesuatu yg lebih dr apa yg dia ada...
Seolah-olah mangkuk yg sentiasa mengembang, isinya tak akan penuh...
itu dipanggil nafsu...
Ayat reminder yg sangat baik, mmg wajar dicetak dan ditampal di cermin dan di pintu sebelum melangkah keluar dari rumah, sbb manusia mmg mudah lupa :)
cero - patutlah makin kaya seseorang tu, makin menggunung hutang keliling pinggangnya. hrmm.. dan mungkin kerana itu juga, kita di wajibkan membayar zakat - dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain.
Sempurnanya agama Islam, betapa benda kecil macamtu pun Dia dah tolong kasi jalan agar kita x alpa.
ok, dah boleh jadi satu lagi entry dah ni. ekeke..
plain83 - kan? biasalah, kita manusia..pesen pelupa. kena ada reminder, berkali kali baru lekat ingat. huhu
Post a Comment