Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, January 9, 2014

1.

Perlu ke dalam konversasi harian kita, ayat ayat kita adalah dalam bentuk sarkastik? atau lebih mudah paham, perli? setiap perkataan dan ayat, pasti akan di jawab dengan kaedah memerli. Tak perlu nk jawab pun, ayat ayatnya adalah dalam bentuk perlian.  Gosh!

Tahukah anda, bila itu adalah selalu, makanya, ia nampak seperti kurang ajar. Annoying dan bosan bila ada manusia sebegini  di sekeliling kita. Seolah segalanya salah pada matanya. Dan dia, adalah yang daebak! Heh!

2.

Kemalasan memandu kereta semakin menjadi jadi. Hatta mahu 5km ke hadapan pun, aku berdoa, moga ada seseorang yang lain boleh jadi pemandu. Apa nak jadi ni? T_T

3.

Kekerapan makan daging kambing meningkat sejak dua minggu kebelakangan ni. Sedapnya memang tak boleh kata tidak. Yang seronoknya, diri ni dah pandai buat lamb chop sendiri. Yeay! Diet? Oh, ikut kak ayin, kalau makan bakar bakar ni, boleh diet juga. Hiho! ^_^

4.

Bulan Januari ni, jika di izinkan Dia, buku merah bakal bercop dua kali. Hujung selatan dan utara negara bakal di lalui. Semoga semuanya bakal menjadi dan safe journey. Amin.

5.

Kalau benar mahu kenalkan dengan seseorang, tolong jangan kenalkan dengan orang yang sudah punya makwe, bakal jadi pakwe seseorang, tunang, dan tentu tentulah minta di jauhkan dengan orang yang sudah sah tarafnya sebagai hak milik seseorang. Kalau status mereka itu adalah dalam golongan yang di sebut tadi, terima kasih kerana mahu mengenalkan, tetapi maaf, saya awal awal tarik diri. Harap kita faham situasi - di rampas itu adalah sesuatu yang menyakitkan. Jangan di cuba untuk merasa nikmat seorang perampas. (:

6. 

Aku rindukan zaman 2~3tahun lepas. Ada apa 3tahun lepas? Ini nanti aku update. Akan ada satu entry special untuk zaman 2~3tahun lepas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails