Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, January 16, 2014

Doa itu mudah.
Apa yang terkeluar secara lisan juga kadang kala adalah satu doa andai kita benar benar bermaksudkannya.

Masih ingat lagi.. pernah di suatu ketika, satu ayat terkeluar dari hati.

"Kalaulah di beri peluang untuk aku berjalan jalan keluar dari negara ini, tempat pertama yang mahu di tujui adalah Mekah dan Madinah."

Kalau tak salah, itu hanyalah monolog yang benar benar di harapkan dari hati. Tiada siapa dengari.
Monolog itu akhirnya benar benar di makbulkan setelah hampir sedekad ia di ucapkan.

*senyum*

Setelah hampir setahun setengah menjejakkan kaki ke tanah suci, kaki ini akan melangkah sempadan negara lagi. Walaupun tak jauh, tetapi ianya seolah olah sangat mengujakan. Hujung minggu ini, tanah selatan akan di terokai. Hujung bulan pula, tanah utara pula yang bakal di langkaui. Buku merah itu, akan bertanda 2kali di dalam bulan ini. InshaAllah. (:

Terlalu banyak rupanya doa yang telah di dengari.
Maka, mana satu nikmat yang kamu hendak di dustakan, diri?

Alhamdulillah.

^_^

2 comments:

cEro said...

Buah tangan!

*tetiba*

~* chirpy_chummy *~ said...

kalau ko jumpa aku lepas aku balik nanti, dan kalau ada buah tangan lagi, boleh je... :)

Related Posts with Thumbnails