Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Saturday, October 12, 2013

Dia sungguh menaruh hati kepada jejaka tersebut. Namun, tiap kali kaki cuba di atur untuk menghampiri, dia pasti akan terlihat kelibat si jejaka bersama perempuan lain. Lalu dia menarik kaki berundur. Bukan tidak pernah ada perasaan untuk terus maju melangkah menghampiri si jejaka, tapi dia bukanlah jenis yang suka mengada ngada menonjolkan diri untuk menjadi seorang yang di suka.

Bagi dia, biarlah perasaan itu hadir tanpa di paksa. Tanpa perlu di sogok lakonan mengada ngada. Biar rasa itu berbalas sesama suka. Bukan atas dasar terpaksa rela.

Tap.
Tap.
Tap.

Berundur dan tersenyum.
Menyulam doa penuh yakin
Owh, mungkin bukan untuk dia. Ada yang jauh lebih baik, yang belum waktunya untuk mereka bersua.

Cumanya, di hati dia ada sedikit rasa tertusuk.
Rasa sedih dan sedikit bercampur aduk.
Lalu dia memujuk - hatinya itu terangguk angguk, yakin dan pasti akan qada' dan qadar yang telah di imani tanpa sedikit rasa berhabuk.

"Untuk dia-- janganlah kau bersyak wasangka terhadap Tuhanmu. Bersabarlah. Yakin dan pasti, bertemu nanti. Amin"

No comments:

Related Posts with Thumbnails