Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Saturday, September 28, 2013

Saya punya ramai kenalan yang pandai menulis dan ulat buku. Tapi saya tak seperti mereka. Saya hanya pandai membaca yang biasa biasa dan saja saja. Saya cuma hanya ada telinga, mata dan hati untuk berkongsi rasa. Jadi, saya lebih suka melihat dan mendengar - lalu bertanya tanya - itu ini kenapa apa dan bagaimana. Paling habis pun, saya akan hanya tengok tanpa suara.

Bila mereka berbincang tentang apa apa yang berkaitan bahan bacaan, mahupun penulisan, saya akan terasa sungguh kecil sekali; seolah duduk di hujung bucu bilik yang comel (kenapa comel? biarlah, ikut suka saya).

Dalam hati, saya fikir, andai saya punya anak suatu hari nanti, saya mahu dia juga minat membaca. bukan seperti saya yang hanya membaca untuk periksa.

Jadi, apa yang saya suka? saya suka membaca. bukan membaca 'baca'. tapi membaca yang kerana perlu membaca. awak faham apa yang awak baca? ha, begitulah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails