Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, April 22, 2013

Suka bersama dengan mereka yang sama sama berkehendak untuk belajar sesuatu yg lebih abadi. Oleh itu, si dia itu suka terpandang mereka yang lebih kurang daripada diri dia sendiri untuk sama sama mendaki bukit yang nampaknya sangat tinggi; tak nampak lagi mana puncaknya itu. Hanya di dengar yakin dan pasti, setiap yang bernama bukit itu wajib ada puncaknya. Ah, gunung barangkali. Tapi puncak itu hanya boleh di lihat sesudah tiba di pertengahan jalan di sana. Puncak itulah yg abadi. Yang perlu kita daki dan daki setiap hari.

Mengapa suka mencari yang lebih kurang dari diri? Egokah si dia itu? Bukan? Jadi apa?

Kegembiraan dan perasaan ingin tahu bersama sama, lagi dan lagi itulah yang sebenarnya menolak si dia itu sejauh ini, suatu masa dulu ( si dia itu sedang mencari pemangkin - untuk yang mahukan kerja sepenuh masa kini - yang sanggup). Si dia pernah merasa indahnya pendakian bersambut dan berpimpin tangan bersama sama. Tak terasa keletihan biarpun peluh masam mencurah basah.

Dan kini si dia kepingin lagi. Untuk yang terakhir dan yang pasti - bukan dongeng mimpi sekali lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails