Assalammualaikum. - Lelaki tua.
Waalaikumsalam. - Lelaki muda. Senyum.
Sudah lama begini?
Sudah beberapa tahun. Dahulu, saya amat aktif dan sosial orangnya. Bermula dengan kemalangan motor, saya jadi begini. Tempurung kepala saya di potong dan di ganti dengan plastik. Saya hilang upaya berjalan. Beberapa lama kemudian, saya di sahkan HIV positif pula.
Boleh saya tahu, apa rutin anak hari hari?
Entahlah. Saya tak mampu melakukan apa apa lagi. Hari hari saya di selangi dengan zikir dan mengharap belas ehsan Ilahi. Sebelum tidur, saya baca doa tidur. Saya baca ayat Qursi. Saya baca segala yang masih boleh saya hafal. Saya berzikir hingga terlena. Dan esoknya, saya bangun dan ulangi aktiviti yang sama.
Saya takut. Saya risau. Saya sangat jahil dahulu. Masih adakah peluang saya di sana kelak?
Anak beruntung.
Kenapa pula? Saya seolah sayur. Tak mampu melakukan apa apa kini. Langsung.
Anak beruntung kerana masih di beri peluang untuk bertaubat. Allah itu Maha Pengampun. Masih ramai yg di luar sana yang masih tidak menyesali diri dan alpa dengan dunia. Anak adalah antara orang yg terpilih untuk di beri peluang kedua sebelum di jemput Ilahi. *senyum*
Seorang lelaki muda berkerusi roda.
Seorang lelaki tua berdiri di sisinya.
Di sebuah rumah kebajikan HIV positif, di Petaling Jaya.
Dan kita?
._.
-di olah sedikit berpandukan kisah benar yang di ceritakan oleh Ustaz Dahim, April 2013-

No comments:
Post a Comment