Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, August 16, 2012

Terima kasih kepada semua yang membuatkan diri ini tersenyum selalu.

Terima kasih kepada kamu yang pernah hadir memberikan sinar kebahagiaan di dalam diri.

Terima kasih kepada kalian yang sudi berkongsi momen di sana sini selama hidup.

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa di sisi meminjamkan bahu untuk di basahi dan telinga untuk di bebeli.

Terima kasih tak terhingga.

Andai aku berkuasa memberikan hanya kisah suka untuk kalian, mahu aku serahkannya bulat bulat ke tangan kalian. Tapi aku hanyalah manusia biasa. Hanya doa dan doa dan doa yang termampu. Aku mahu melihat semua kamu kamu yang ada di sekeliling aku, yang mewarnai hari hariku, bergembira, tersenyum ketawa, bukan hanya di luaran sahaja, tapi di sudut hati paling dalam juga.

Di dalam sujud, aku berdoa.

Maaf. Aku tahu, dosa aku terlampau banyak pd tahun yg lepas. Terlalu banyak hati yang terluka. Semua terjadi adalah atas kekurangan aku sbg manusia tak sempurna. Kata maaf mungkin tak cukup untuk melegakan parut luka itu. Maaf juga. Hanya itu yang mampu.

Untuk sesiapa jua, aku maafkan segalanya. Demi Dia.

Raya? Jauh lagi perjalanan untuk aku maraikannya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails