Aku agak tersentap bila aku katakan kepada seorang kawan, yang aku membayar zakat fitrah tahun ni kpd seorang rakan muallaf. Lalu dia mempersoalkannya.
"Aku bayar zakat fitrah sendiri tahun ni. Bagi kat kawan muallaf aku, dia baru peluk Islam beberapa bulan lepas" - aku
" ko pi bayar kat dia wat pe?" - kawan
"btol la. kan ke zakat fitrah kita boleh byr terus kepada orangnya?" - aku
"bayar kat lembaga zakat la" - kawan
"hailaa..dlm islam xde pun kata kena bayar kt pej zakat?" -aku
"stahu aku, fitrah ni utk fakir n miskin" -kawan
"fitrah ada banyak asnaf nya la." -aku
"mmg la kaan ko mualaf, tapi ko rasa dia lebih memerlukan dari fakir n miskin ke?" -kawan
Ya Allah, time ni aku dah sentap giler dah ni. ok, xpe.. kita teruskan perbincangan. Aku terus gugel, mencari nas tentang zakat fitrah.
" tp dia mualaf yg baru peluk islam" -aku
"kalau bill gates masuk islam camna?" -kawan
dan aku terus menyoal dia smula.
"ko kena faham, sape yg berhak. well..ko tahu ke cane cabaran mereka?"
Aku membayangkan wajah2 kawan2 muallaf ku. Terlalu banyak cabaran mereka. Lelaki, perempuan, smua ada cabaran mereka sendiri.
akhirnya, aku jawab begini kepada kawan aku:
" tak semestinya kita kasi zakat utk org susah. asnaf muaallaf, kita kasi sbb nk show dekat mereka bahawa kita yg muslim ni, sokong dorg. sbg tanda sokongan. dorg kan br peluk islam. kita kena kuatkan diri dorg. dorg byk halangan, kita x tahu. nti kalau bukan kita dorong dorg, if let say satu hari dorg putus asa dgn islam, sbb xde org prihatin, cane?"
Kadang, aku sedih dengan pemikiran 'meLayu'. bukan aku merendahkan bangsa aku sendiri. Tapi, aku sedih. Boleh tak andai kita tukar pemikiran meLayu tu dengan pemikiran muslim? gunakan manual kehidupan di dunia ini sebaik mungkin. Manual? ye, Al-Quran itu sendiri adalah manual kita sbg manusia.
Ah, mungkin kawan aku tu benar benar tak tahu. *senyum*
** Berkawan dengan ramai muallaf membuatkan diri aku rasa malu sendiri. Malu kerana aku hanyalah muslim keturunan. Adakah aku sehebat mereka? Tidak sama sekali. Mereka bertungkus lumus mencari Ilahi. sedangkan aku? Lantas, apakah lagi nikmat yg mahu aku dustakan? Tidakkah aku lebih beruntung? Tapi di mana tahap keimanan aku berbanding mereka? Ya Allah, aku malu sendiri..

2 comments:
aida nesa loves this :)
(: thanks aida. selamat hari raya!
Post a Comment