"Auntie, bla bla bla bla" - kata anak kecil itu kepada seorang makcik yg sedang duduk berteleku di atas permaidani merah di dalam masjid yg suci itu sambil menunjukkan ke arah kerusi lipat yg terdapat di sebelah makcik itu.
Aku perhatikan saja. Apa yg ingin di katakan oleh anak kecil yg cantik itu? ya, dia sangat cantik. Aku rasa kalau di Malaysia, konpem ramai yg akan tekel dia kecik kecik lagi. Beberapa kali anak kecil itu menunjukkan ke arah kerusi lipat di seblah makcik tersebut. Owh..aku andaikan dia inginkan kerusi itu. Makcik itu pun mengangguk-angguk tanda membenarkan dan kerusi itu bukan miliknya.
Lantas, kanak-kanak itu mengangkat kerusi tersebut dan di bawanya kepada seorang nenek yg sedang duduk melunjur kaki di sebelah sana. Sambil memberikan kerusi itu, anak kecil yg cantik itu seolah berkata sesuatu. Biarpun berbeza bahasa, namun, Allah itu Maha Kaya. Mereka boleh berinteraksi dengan kefahaman yang di beri. Rupa rupanya, anak kecil yg cantik tadi ambilkan kerusi utk si nenek duduk menunaikan solat sebentar saja lagi. Subhanallah.. MasyaAllah.. sungguh mulia hati si anak kecil itu. Dengan senyuman, si nenek membelai rambut si anak kecil. "Terima kasih" mungkin itu yg di ucapkan olehnya. Dan si anak kecil itu pun berlalu pergi. Ya, dia bukanlah siapa siapa dengan si nenek tadi. Dia hanyalah si anak kecil yg cantik dan berhati mulia.
Di sebelah lain, seorang adik kecil sedang membawa beberapa gelas air zam zam di tangan, lalu di hulurkan kepada ibu-ibu dan nenek-nenek yang sudah tak terdaya. Keadaan cuaca yang sangat panas dengan suhu 45 darjah, membuatkan sesiapa sahaja akan haus walau berada di dalam masjid yg berdingin sejuk itu. MasyaAllah. suatu senario yg amat jarang aku lihat di Malaysia. Kanak-kanak sangat terdidik untuk menghormati yang tua. Sangat terdidik untuk berbakti walau secebis cuma. Terdidik untuk melakukan pahala walau sekecil hama.
Tahukah anda, 1 pahala di tempat biasa , bersamaan dengan 100 000 pahala jika di lakukan di dalam Masjid Al-Haram?
Owh, aku merindui suasana di sana! :'(


2 comments:
ceritalah lagi Mar.. :)
heee~ insyaAllah. ada masa mar cerita lagi ye. banyak kisah, tp x dan nk jot down. dok terperap dlm memori je ni. :p
Post a Comment