Dia adalah seorang yang sangat penyayang. Namun, kasihnya seorang ibu takkan tertanding dengan kasih kepada yg Maha Esa. Itulah yang dapat di perhatikan ketika aku berada di tanah haram.
Mengendong anak yang masih bayi di belakang badan lalu bersolat meghadap Ilahi. Dan si anak, sedang si ibu beribadat, senyap dan diam seolah mengerti. cuma sesekali terdengar rengekan kecil si anak itu.
Di satu sudut di belakang, si ibu sebok menyusukan si kecil dgn air zam zam yg x pernah kenal lelah mengalir sepanjang zaman. di renjis renjis juga si kecil dgn air segar telaga zam zam. moga moga si kecil menjadi seorang yg suci akhlaknya sesuci air itu. ah, lega nampaknya si kecil bila di renjis air segar itu. diam menyengih di perlakukan begitu. comel.
di depan sana, solat sunat sedang di lakukan si ibu. anaknya di letakkan di tepi, terbaring. baring terlentang, bergolek golek lalu si anak berjaya menterbalikkan badan. di angkatnya kepala di lihat ke depan. kiri dan kanan. menangis. ketika si ibu bersujud, di terbalikkan si anak menghadap dirinya, lalu seolah di peluk dan terus bersujud. ye, si anak sedang berada di tengah tengah antara tangan sujud si ibu. anak itu terdiam sebentar. suka di perlakukan begitu agaknya. hangat si ibu dan baunya amat mententeramkan jiwa si anak. solat sunat di teruskan hingga ke akhirnya.
anak kecil tiada kompromi. di bawa ke masjid sebagai latihan sejak azali. yg di ceritakan di atas bukanlah anak kecil yg reti berjalan sudah. bahkan, anak anak yg baru berusia sebulan juga tidak ralat di bawa bersama ke masjid utk menunaikan ibadah.
Pernahkah anda melihat keadaan sedemikian di Malaysia?
*alahai, andainya aku punya hp canggih untuk merakam memori itu, tentu dah lama aku snap memori itu. =.="
![]() |
| *sumber:google* |


2 comments:
*sedang membayangkan..
:) sila sila. mar rasa rugi x snap stiap gambar tu. mmg memorable. yg x mungkin dpt d lihat di tpt kita.
Post a Comment