Again, i'm sharing this true story to all. Kisah yg sangat meruntun hati. Tentang bagaimana seorang anak yg peluk Islam dan berjaya menarik ibunya memeluk Islam, beberapa jam sebelum si anak meninggal dunia. Kisah ni baru je terjadi beberapa hari lepas. fyi, 'aku' dlm kisah ni adalah kawan saya. [Al-Fatihah kepada arwah Ahmad Sabri Lim Abdullah.]
-------------------------------------------------------------------------------------Tarikh : 18 Februari 2008
Masa : Sekitar jam 11.30pm
Lokasi : Di sebuah Karaoke depan Hotel 3 Stars
Aku dan teman ku baru sahaja habis dinner dan berbual di hotel tersebut. Kami keluar dari hotel dan berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah dari dalam sebuah pusat karaoke berhampiran Car Park. ... Ada gaduh-gaduh ... ujar ku kepada teman ku. Ku perhatikan kea rah Pusat Karaoke tersebut ... tiba-tiba kulihat beberapa lelaki (bouncer)mencampak seorang lelaki keluar dari premise karaoke tersebut.
Wajah lelaki yang dicampakkan itu memang amat ku kenali. ... AH BENG ... Itulah nama panggilannya di kolej. Seorang pelajar ku yang bermasalah. Seorang pendiam. Tidak pernah perform dalam pelajaran. Menjadi bahan ejekan pelajar-pelajar lain. Setiap kali exam Ah Beng akan mendapat kedudukan pertama atau kedudukan kedua .... tetapi dari bawah lah.
Ku lihat, tubuh Ah Beng terlentang dicampak dari premise karaoke. Terbaring atas jalan. Dia berusaha bangun. Tapi tangannya lemah. Tak mampu menyokong tubuhnya. Dia terbaring semula. Perlahan aku merapati Ah Beng. Bau alcohol menusuk-nusuk hidung ku. Ku paut tangannya dan menariknya bangun. Darah ku lihat mengalir dari mulut dan hidungnya. Matanya bengkak dan lebam.
!@#$%%^&*()(*&^%$#@!@#$%^^&* ..... Ah Beng cakap merapu. Sambil menolak-nolak tubuh ku. Sah dia sedang mabuk. Ku lihat teman ku yang berdiri disebelah kereta. Ku pandang kiri kanan. Ku pandang depan dan belakang ..... Line clear.... Tak ada orang ..... DUSYUMMM ... Sebiji penumbuk ku beri kepada Ah Beng yang sedang mabuk. Tubuhnya terus lemah dan terkulai. Dia pengsan. Ku papah tubuh yang kurus dan lemah serta berbau alcohol ke kereta dan membaringkannya di tempat duduk belakang. Teman ku sudah mula membebel. Aku senyum saja.
Itulah Ah Beng ... student ku. Malam itu aku bawa dia balik ke rumah ku. Aku mandikan dia. Aku tuam bengkak dan lebam di mukanya. Kesemua ku lakukan dalam keadaan Ah Beng tengah “high”. Pakaiannya ku gantikan dnegan T-Shirt Pagoda dan Boxer. Aku baringkannya di katil ku, ku selimutkan dan aku tidur di lantai.
Sekitar jam 3.00 am ... aku tersedar. Ada benda basah menyimbah muka ku. Ah Beng muntah dan terkena muka ku. ..... Nasib badannnnnnnnnnn.
Keesokan paginya selepas aku selesai solat subuh, ku lihat Ah Beng ada dibelakang ku. Tersipu-sipu dan nampak gabra. .... Dah bangun ? ... Tanya ku tegas .... Ah Beng senyap .... Apa you buat kat XXXXX (nama Pusat Karaoke) malam tadi ? .... Aku meninggikan suara ku. Ah Beng berdiri sambil tunduk membisu. Tangannya tak duduk diam. Dia tengah takut tu. Hati jahat ku, makin seronok . Aku bangun berdiri bertentangan dengannya, sambil bercekak pinggang .... You datang sini mahu belajar ke atau mahu jadi drunken master ? Kalau you mahu mabuk, apa pasal you mari sini belajar ? ... Aku start membebel macam mak nenek. Tapi hati ku makin gelak . Ah Beng ku lihat makin menggeletar takut. ..... You bagitau I 5 perkara you dapat bila you mabuk ? ... Aku Tanya dia. .....
Sorry Sir ... Ah Beng bersuara lemah ..... APA SORRY SORRY !!!! ... Aku menjerit . Ah Beng terkejut panic, wajahnya pucat. Hati ku pula makin sedap gelakkan dia. Itulah kali pertama aku mendengar suaranya dalam keadaan lemah dan sayu. Tak aku sangka pada 14 februari yang lalu, aku mendengar lagi suaranya yang lemah dan sayu, kerana pada hari itulah aku mendengar suaranya yang terakhir.
Sejak hari itu, hubungan aku dengan Ah Bang semakin rapat. Aku bertanya masalahnya dan aku buat keputusan membenarkan dia tinggal di rumah ku. Dia tinggal di rumah ku hampir 5 bulan. Banyak masalah-masalahnya yang dia kongsi bersama ku. Pada bulan ketiga, dia datang kepada ku dan mengucap syahadah, namanya ku tukarkan kepada Ahmad Sabri Lim Bin Abdullah. Sejak dia memeluk Islam, dia dibuang oleh ahli keluarganya. Hampir dua tahun dia menjadi anak angkat kepada salah seorang sahabat ku. Hampir dua tahun dia dilarang kembali kepada keluarganya. Hinggakan dia tidak dibenarkan datang ke majlis pengkebumian ayahnya yang mati dalam kemalangan.
Pada 13 Februari 2012, aku menerima panggilan telefon dari seorang student ku. Ah Beng kemalangan jalanraya. Tepat jam 11.30pm, aku bersama dua orang sahabat ku bertolak ke utara semenanjung. Kami tiba di Penang jam 2.22am. Selepas check in di hotel, aku tinggalkan sahabat ku di hotel, dan terus ke hospital.
Seorang sahabat ku yang menjadi doctor pakar di situ menyambut kedatangan ku di lobby hospital. Sambil berjalan ke ICU, sahabat ku itu menerangkan keadaan Ah Beng kepada ku. Dia membawa aku ke ICU. Aku lihat AH Beng terlantar di ICU. Selepas memakai pakaian khas, aku ke katil Ah Beng. Ah Beng masih berjaga. Matanya yang sepet memandang kearah ku.
Ah Beng ... saya di sini. .... Aku bersuara lembut sambil tersenyum.
Ah Beng, tersenyum. Perlahan dia menanggalkan topeng oxygen. Sebelah tangannya menggenggam tangan ku. Mulutnya terbuka bagai ingin menyatakan sesuatu. Aku rapatkan telinga ku ke mulutnya.
Sir ... Saya mahu jumpa mak ..... itulah yang terlafaz dari mulutnya ...............
I will bring her tomorrow. You sabar ya. Be strong. You go to sleep and have a sweet dreams. ALLAH is with you .... Itulah pesanan ku lembut sambil tersenyum. Ku usap dan belai rambutnya. Lantas aku tinggalkannya. Sebelum pergi, aku sempat mengambil fotonya menggunakan Samsung tab ku.
###########
Selepas sarapan di hotel, aku terus ke kampong Ah Beng. Mencari rumah ibunya. Dengan bantuan kawan-kawan Ah Beng aku dapat menemui rumah ibu Ah Beng. Aku sampai sewaktu ibu Ah Beng sedang berehat di luar rumah.
Selamat pagi auntie ... aku menyapanya sambil tersenyum. .... Auntie hanya merenung kepada ku. Terkejut agaknya. ... Auntie apa khabar ? ... Auntie semakin pelik. .... Lu sapa ? .. Tanya auntie kehairanan. ... Aku senyum ... Aku memperkenalkan nama ku kepada auntie. ..... Reaksinya hambar. .... Saya cikgu Peng Yim di kolej XXXXX. .... Spontan wajah auntie berkerut. Nampak mukanya jadi merah ... Apasal lu mari sini ? @#$%^&&*&^%$#@#$%^%^&^%$#@ ... entah apa dia cakap aku pun tak dapat nak faham ..... Sabar auntie, sabar auntie. Saya datang bukan nak gaduh. .... Pujuk ku sambil tersenyum. .... Auntie mencapai payung di belakang pintu dan melibaskannya ke arah ku. Aku tahan ... PRAKKK ... payung tu kena bahu kanan ku .... ADOI (bisik hati ku) .... namun aku kawal riak wajah ku., sambil tersenyum. ... PRAK PRAK PRAK ... auntie memukul ku lagi ... dan aku tahan kesakitan ku ... Malangnya, payung tersebut bengkok dan jejari payung itu tercucuk ke tangan auntie lalu berdarah. Auntie terpaksa melepaskan payung itu sambil menahan sakit.
Maafkan saya auntie jika saya datang menyebabkan auntie marah. ... Aku bersuara sambil berjalan ke arah auntie. Aku sambut tangan auntie yang luka sementara sebelah tangan ku menyeluk poket seluar, mengeluarkan sapu tangan. Auntie tergamam. ... Perlahan aku kesat darah akibat luka tercucuk jejari payung di tangan auntie dengan sapu tangan ku. Kemudian ku tekup di tempat luka hingga darahnya membeku. Auntie masih tergamam. Jiran-jiran auntie telah lama datang menyaksikan insiden aku dipukul dengan payung. Mereka juga tertanya-tanya mengapakah jadi begitu. Kemudian aku memimpin auntie untuk duduk di kerusi malas di luar rumahnya.
Perlahan aku keluarkan Samsung Tab ku. Aku buka Galery. Aku buka Images. Aku paparkan gambar Ah Beng di ICU. Aku tunjukkan gambar Ah Beng yang terlantar di ICU kepada auntie. Spontan Auntie meraung dan menangis ...... @#$%^&*&^%$#@#$%^&*&^%$#@.... auntie meraung .... seorang jirannya datang. Memeluk dan menenangkannya.
Auntie, Peng Yim mahu jumpa auntie. Kalau auntie tak mahu jumpa dia, auntie tak akan dapat jumpa dia lagi. Dia dah nak mati. ... Kata ku perlahan. Semakin kuat tangisan auntie. Jirannya memujuk dan menenangkannya.
Setelah beberapa ketika, auntie sudah mula tenang. .... Peng Yim bukan anak aku. Dia sudah masuk Melayu ... Kata auntie sambil merenung tajam ke wajah ku.
Aku membalas renungannya sambil tersenyum. .. Auntie, Peng Yim bukan masuk Melayu. Peng Yim masih Cina. Dia cuma jadi seorang Islam. Peng Yim masih orang cina dan masih anak auntie.
Haiyaaa, sama saja. Melayu kah, Islam kah sama saja. Itu Islam Melayu punya agama. ... Auntie melawan.
Tak sama auntie. Islam sama Melayu tak sama. Negeri China, orang Islam lagi ramai dari orang Islam Melayu di Malaysia. ... aku menjawab ringkas. ... Islam ini bukan untuk orang Melayu. Islam ini untuk semua orang. Cina, India, Mat Saleh, Eskimo. .... Aku menyambung kata.
Lu tunjuk sama gua. Apa baik itu Islam sudah buat sama gua ? ... Auntie mencabar.
Aku senyap. Sambil tersenyum. .... ADA ... jawab ku ringkas. ... Islam ada buat banyak benda baik pada auntie dan Peng Yim. .... Tapi auntie yang banyak buat benda tak baik pada Peng Yim dan pada diri auntie ..... Aku jawab tegas .... Saya boleh buktikan ....
Cuba auntie tengok Peng Yim dulu sebelum Islam macam mana ? Dulu dia sama auntie ada cakap kasar-kasar, tengking-tengking. Sama auntie dia tak hormat.Sama auntie dia lawan lagi. Sekarang lepas dia Islam, dia hormat sama auntie. Dia sayang sama auntie. Hari-hari menangis sebab rindu sama auntie. Auntie halau dia dari rumah pun dia ikut, tak ada lawan-lawan auntie. Dia sudah jadi orang sangat baik.
Auntie cuba bagitau sama saya, dulu Peng Yim rupa macam mana ? Dulu dia selekeh. Baju satu minggu tak basuh pun dia pakai. Rambut panjang tak sikat. Sekarang Peng Yim pakai banyak smart. Hari-hari sudah mandi. Tak selekeh lagi. Rambut sudah potong pendek. Pakai kemas. Handsome.
Dulu Peng Yim, balik rumah auntie pukul 1 pagi pukul 2 pagi baru sampai rumah. Balik mabuk. Pecah barang dalam rumah. Pukul sama auntie lagi. Sekarang selepas jadi Islam, Peng Yim sudah tak mabuk. Dia balik asrama pun sebelum pukul 10 malam. Kenapa Peng Yim berubah ? Sebab Islam ajar Peng Yim untuk sayang dan hormat ibu. Peng Yim sudah hormat dan sayang sama auntie, sebab itu Peng Yim boleh berubah jadi sangat baik. Auntie tak sukakah ?
Islam tak pernah menjadikan orang Islam benci kepada ibu bapanya. Tetapi auntie sendiri yang halau Peng Yim dari rumah. Saya datang untuk jumpakan Peng Yim dengan auntie. Itu bukti Islam ini agama yang mahu semua orang ada kasih sayang sesama manusia. tak kira bangsa, tak kira agama.
Auntie tergamam. Mulutnya melopong mendengar penjelasan ku. Nampak air mata mengalir dari sudut matanya.
Auntie ... Peng Yim sangat sayang dan rindu sama auntie. Peng Yim mahu jumpa auntie. Peng Yim sudah mahu mati. Kalau dia tak dapat jumpa auntie, dia akan mati kecewa sebab tak dapat jumpa orang yang dia paling sayang iaitu auntie.
Auntie terus memeluk jirannya dan menangis .....
Auntie .... Jom kita piggy jumpa Peng Yim .... aku bersuara lembut.
Tapi .. bolehkah saya pergi jumpa Peng Yim ? Dia sudah muslim .... auntie bertanya ragu-ragu.
Auntie .. Peng Yim masih anak auntie. Islam tak putuskan hubungan antara anak dan ibu walau berbeza agama. Malah Islam menuntut seorang anak untuk terus hormat dan sayang kepada ibu dan bapa walau ibu dan bapa bukan Islam. ... Aku member penjelasan.
Auntie meraung makin kuat. Kemudian dia mengangguk2kan kepalanya.
我要去槟城 .... auntie berkata kepada jirannya. Dia bangun dan masuk ke dalam rumah.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sepanjang perjalanan ke hospital auntie tak henti-henti menangis dalam kereta.
Sebaik sampai ke hospital, aku membawa auntie ke ICU sambil ditemani sahabat doctor ku. Aku meninggalkan auntie di luar. Aku masuk menemui Ah Beng yang masih terlantar ...
Ah Beng , Assalamu alaikum ... aku memberi salam kepadanya. Dia menjawab lemah sambil tersenyum. .... I bawa mak you ... Aku memberitahu sambil tersenyum.
Di sebalik topeng oxygennya, dapat ku lihat Ah Beng tersenyum. Di genggam tangan ku, sambil membuka topeng oxygen. Ku rapatkan telinga ke mulutnya.
Sir ... saya selalu ikut cakap sir ... Sebelum tidur malam.... Switch off the light.... Duduk atas katil.... Pejam mata...... Dan berbisik kepada ALLAH ... Saya bisik pada ALLAH .... supaya mak masuk Islam ... Saya tahu mak akan masuk Islam sebelum saya mati .....
Air mata ku mengalir. ... Sabar Ah Beng ... banyakkan berdoa OK ... Kejap lagi I bawa you punya mak masuk. ... Perlahan aku leraikan tangannya dari tangan ku dna aku berjalan keluar ICU.
Di luar ICU ... aku berpesan kepada kawan ku agar menjaga auntie dan anaknya itu.
Selepas itu aku bertolak balik ke Kota Damansara bersama dua orang sahabat ku. Pada 18 Februari 2012, jam 3.35pm, aku menerima panggilan dari sahabat doctor pakar ku ....
Your student passed away at 3.15 pm. His mom recited the syahadah at 2.00pm. She is a muslim .......
Aku juga dimaklumkan, pada hari itu beberapa orang jururawat di hospital berkenan juga mengucapkan syahadah selepas melihat insiden pertemuan antara Ah Beng dan ibunya. ALLAHU AKBAR !!!
Al Fatihah buat Ahmad Sabri Lim Abdullah.
Kota Damansara
22. Februari 2012
4.50am
P/S - Notes ini tiada hakcipta... Jika anda rasa ianya bermanfaat, sebarkanlah.

1 comment:
Al -Fatihah...
Post a Comment