Malam Jumaat lepas, right after keje, aku tros zasstt ke KL utk menonton teater bersama 2org kawan. Jalan gila punya jem x hengat. Bayangkan, aku stuck in jammed dlm 2jam. huh! aku benci giler jem. ok, dah tentang jem yg membuatkan darah naik ke kepala itu. Meh cni nk review ttg teater.
Teater 1 Plastik Hitam, arahan Syahrul Fitri Musa yg di tayangkan di Setor Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebuah teater yg lain drp teater yg selalu di tonton di Istana Budaya(IB). Ia adalah pengalaman pertama aku berada dan menonton teater di sini.
Menampilkan 5org pelakon yg berbakat besar, hensem, cantik serta mempunyai tarikan tersendiri memang nyata menepati konsep realiti tv, "Rupa: Bukan Sekadar Berbakat Besar" spt yang cuba di ketengahkan dalam teater ini. Konsep realiti tv yg memerlukan peserta berlakon melalui watak2 yg telah di beri adalah merupakan satu cabaran utk mereka menonjolkan kecantikan rupa masing2.
Apa ada dengan 1 plastik hitam? 1 plastik hitam yg di tinggalkan oleh wanita berpurdah di taman larangan buang bayi, telah meninggalkan banyak persoalan dan tanggapan. Plastik hitam itu telah di amanahkan kepada seorang budak sekolah berada di tempat kejadian. Apa yang ada di sebalik plastik hitam itu? Tiada siapa tahu. Terlalu banyak tanggapan oleh semua org yang cuba mengalihkan plastik hitam itu. Amanah yang di beri kepada budak sekolah itu amat di jaga - yang mana akhirnya meragut jiwa dan raga budak sekolah itu sendiri.
Tanggapan, anggapan, dan salah sangka - adalah satu point utama dalam teater ini. Orang boleh mengatakan apa sahaja tanpa tahu hakikat sebenar. Dengan salah sangka akan apa yg terdapat di dalam plastik hitam yg di tinggalkan oleh wanita berpurdah itu, keadaan yang aman menjadi babak kematian secara tiba-tiba. Meletakkan apa yang di lihat tanpa mengetahui hujung pangkal cerita serta bukti yang nyata mengolahkan lagi satu cerita yang menyebabkan fitnah berpandukan satu lagi otak manusia.
Apa yang ada dlm plastik hitam yang di tinggalkan itu? Mungkin bom jangka (kerana wanita berpurdah yang meletakkannya lalu pergi tergesa-gesa)? Mungkin juga wang berjuta-juta (kerana wanita berpurdah adalah seorang yang kaya raya jika di lihat di KLCC mahupun Pavilion Malaysia)? Hakikat sebenarnya, ianya hanyalah mengandungi sisa-sisa kumbahan bayi cuma. Kerana plastik hitam itu, satu nyawa tergadai. Kerana satu plastik hitam itu, banyak kesimpulan yang di tujahkan.
Aku sure, mesti ada yg bertanya : ape motif di buatnya berkonsep realiti tv? Motifnya sangat mudah, sangat tersurat, xperlu nk di berat2kan. Realiti tivi, sama seperti realitinya hidup kita ni. Di depan nampak sangat true, sangat kesian, sangat sedih, tapi di belakang? Mereka melompat keriangan bila ada yg terpaksa melangkah pergi. Topeng kehidupan. Itulah realiti.
Sebenarnya terlalu banyak isi tersurat dan tersirat dalam pementasan teater ini. Rasa-rasanya kalau aku ceritakan semuanya, konpem bosan. So, cukup la aku ambil point utama. Pementasan yang berlainan dgn apa selalu ada di IB juga begitu menghiburkan. Para pelakon sangat mesra berinteraksi dengan penonton sehingga menggamatkan suasana - seolah konsert pulak. huhu
Apa pun, aku berpuas hati dengan bayaran RM20 yg di bayar. Rasa mcm makan nasik. Kenyang. Terima kasih kawan2 yg sudi menjadi peneman. (:


1 comment:
._.
Post a Comment