Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, December 15, 2011

Misteri

Dah beberapa hari aku bermalam di rumah abglong tersayang.
Seisi rumah perempuan, memandangkan abglong keluar outstation ke negara matahari terbit utk seminggu.

Malam pertama aku kt rumah dia, beberapa minit lepas azan Isyak bergema, aku terdengar satu bunyi yang sangat kuat, seolah-olah siren. tapi siren yg ada irama. Irama yg sgt menakutkan. bukan sekali, tp berkali-kali. Aku ingatkan ianya bunyi air paip, sebab time tu one of my niece sdg mandi di bilik air berdekatan. Sampai satu time, niece aku sorg lagi bertanya "Auntie, bunyi ape tu?" "bunyi air kakak mandi kot," jwb aku.

Aku x ambil endah bunyi tu, walau bunyinya amat memusykilkan. Pernah tak korang mengusik2 budak, berlakon konon2 jadi antu? bunyi apa yg korang akan kluakan drp mulut? wuuuuuu..wuuuuuuuu...gitu kan? hah! cmtu la bunyi yg aku dengar malam tu. kuat. aku masih buat bodo walaupun bunyi tu amat mengganggu konsentrasi menonton tivi. smpailah kakak ipar aku balik, dan dia katakan: "pelik la bunyi tu, dr last wik, mlm2 mesti ada. xtau bunyi apa". kami semua O_o . okey...

Aku tidur sorang2 je malam tu. konon2 xmo berhimpit dgn anak2 buah yg lain. tido aku sgt terganggu mlm tu. mmg banyak kali bunyi tu muncul. tp panjang bunyi tu lain2. means, sah, ia bkn lah recording. tp masih, kuat dan memusykilkan.

Dalam kereta, on the way ke opis, aku bercerita dgn kak ngah, ttg apa yg di dengar. banyak sungguh assumption yg kami peroleh. Mungkinkah suara org sedang mengerang kesakitan? mungkinkah suara anjing yg sakit? atau mungkin suara org yg di rasuk? mungkin juga suara serigala jadian? hahahaha yg best skali, seblah umah adalah kosong. br di tinggalkan.

malam td, bunyi tu ada lagi(sebenarnya tiap mlm pn bunyi, bermula last wik). tp x panjang sgt. Ia bunyi right after aku sudah mengaji, sementara nk tunggu isyak. berderau giler darah. meremang bulu roma. tp mlm td bunyinya x banyak kali sgt, x mcm seblom2 ni. aku perasan, orang bakang rumah asyik bukak pintu umah dorg je mlm td. so, aku kuatkan hati, nk tgok apa yg dorg buat, sbb ada bunyi yg suspicious time dorg kt bakang umah tu. tp aku ngintai x lama, laki tu pasan aku pandang dia. tros aku tutup tingkap smula. huh! apadia yg dia bt,aku pn xtau. tp agak lama, dan ada bunyi2 gak.tp bkn bunyi yg slalu tu.

lepas sumorg da tdo, baru bunyi tu mengganggu lg dan lagi. kacau sungguh org nk tdo. errr, ye, aku x tdo sorg diri mlm td. aku sanggup tdo atas sofa, memandangkan anak2 buah smua da memenuhi lantai depan tivi. huhu..takot beb..

kak ngah bangon awal pg td, utk masak sarapan. dia terdengar bunyi benda dok cakar2 dinding. xtau bunyi apa. tp dia takot nk bukak tingkap tgok,so dia dengarkan aje. terdengar suara org bakang seperti menghalau sesuatu. x tau apa. dan yg pelik, lepas subuh pn ada bunyi tu lg td, around 630am. dan kami memberanikan diri bukak tingkap utk tgok mn punca arah bunyi. yup, bunyi tu dr seblah rumah belakang kami,mcm dtg dr arah bilik atas.

"nanti nk tanya uncle seblah ni la, dorg dengar ke x bunyi tu mlm2.."- kakak ipar.

so, aku nk tunggu balik opis ni nanti. kwn2 opis ada yg suruh aku klua dan pergi tgok belakang rumah ptg ni. masalahnya, aku adalah sgt berani! huuuu~

kita nantikan malam ni, ape ceritanya lagi..

=.=

5 comments:

Anonymous said...

._.

Anonymous said...

oh, saya ada kat tasik. tapi saya tak sapa sesiapa ._.

~* chirpy_chummy *~ said...

anon 1: senyumlah weh..dok straight face je. ^^

anon 2: err..ini bkn pasal bunyi misteri,aite? tasik? err..

Anonymous said...

tu bukan pasal misteri.okey, pasal misteri,saya bajet anak jiran awak tu main pistol mainan je ._.

~* chirpy_chummy *~ said...

hahaha.. xkan main pistol mainan tiap mlm? lepas maghrib smp ke subuh? huhu..ok,masih misteri smp ke mlm ni.

nway, tasik tu, pegi Puisi Satu Petang ZSM ke? alahai..nape x di tegur je mereka yg kt sana tu? pandai dorg berpuisi kn? next tym kita bley join venture la, pegang pom2 sama2. huhu

Related Posts with Thumbnails