Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Sunday, April 17, 2011

Wanita pilihan.

Assalammualaikum / hello.. ^_^

******
Kak aida, seorang yg sangat bijak dari segala segi. Aku melihat dia sebagai seorang yang sangat punya ilmu yang meluas. Baik dari segi sukan, hiburan dan isu semasa.Secara jujur aku katakan, Abglong juga sering menjadikan kak aida sebagai seorang secretary, personal assistant, guru bahasa inggeris, pengulas sukan, juga pengkritik isu semasa. Aku agak kagum dgn kebolehan kak aida dr pelbagai sudut. Agama? ye, yang ni Alhamdulillah Abglong menjadi imamnya - mendahului kak aida. :)

******
Di sebuah universiti di timur tanah air, 5 thn yang lalu, seorang yang sangat ayu, lembut budi bahasa, sejuk mata memandang, bertudung labuh, sopan serta tinggi ilmu agamanya sedang tersenyum gembira. Di cermin monitor, terpampang jelas wajah si kekasih hati. Sesiapa yang melihat gambarnya konpem akan terkujat. Aku pn terkena.Dengan selamber badak aku tanya : "Kak Padie, ni sape yg rock sangat ni?" Senyum simpul dia nk menjawab.. rupanya itu lah si teruna yang berjaya menambat hatinya. Macam langit dan bumi. Senang cakap mcm ustazah dan penyanyi rock. Wow! Semoga mereka berbahagia sehingga kini..amin.

******
Semua perbuatannya di lihat comel di mata kaum adam. Tulisannya, ayat-ayatnya, lukisannya, malah kata-katanya yang di keluarkan dr mulutnya semuanya kiut. Walaupun dia agak naive, tp d sudut lain, ramai juga yang tertawan dgn sikapnya yang naive ini. Bodoh-bodoh alang kata org. Dan ya, kini dia sudah berbahagia dgn teman hidup pilihan hati - seorang yang kacak dan agak pendiam, tp mempunyai idea yang bernas dan boleh kering air liur kalau cuba berbahas dengannya. Aku tau yang itu sebab aku pun mengenali yang lelaki itu d sebuah laman forum di alam maya. Dan di situ juga keduanya berjumpa jodoh.

******
"Eh, macam mana dia boleh ada boipren? dia kan pendiam? pemalu plak tu? Nak cakap dengan lelaki pn susah.Tapi...boipren diaa...mak aihh..berkaliber ko!" Haha..itulah drama yang sering di lihat di foyer fakulti.Si boipren, terkenal dengan sikap mat romeo. Tapi sekali da dapat yang satu ni, berubah terus ko! Tapi kalau dah glemer tu, glemer la jugak. Semat, bijak, di minati ramai biarpun mat romeo - tu dah tentu. Tapi yang perempuannya? Muke pun orang jarang nak nampak, ni kan pulak nk mengenalinya. Bercakap ke dia dgn boipren tu?huhu
******
Alahai..kasarnya anak Makcik Ita tu.Cara dia bercakap, mak aih.. kasar woo.. Tapi dia pandai ambil hati orang tua.Dah tu plak, suka bawa motor drp bawa kete. Duh, apekes? In fact, bawa kereta plak, laju kemain. Kalah laki dia kot.. Ah, laki dia pn sama, 2x5.. cumanya laki dia tu hati kiut. Nampak ganas, tapi dalam hati ade taman tasik dgn rama-rama, berserta bees yang dok pusing2 carik bunga. Yang anak Makcik Ita tu, mmg hati batu. Sesuai la dengan kekasaran yang di miliki. Keras je sume keje yang di lakukan.

******

Tu sume antara jenis2 perempuan masa kini. Ade banyak lg 8celi. Tak larat aku nak type. Bukan ade orang nk baca buat rujukan pn. Tapi aku perasan, yang selalu jadi pilihan adalah yang no 1. yang sedang hot di pasaran.

Stop dan berfikir..hurmm..mungkinkah itu adalah sebab musabab seseorang tu susah nk mencari partner? Sebab dia tak berada di kalangan yang menjadi pilihan masa kini?

*Ciri-ciri yang aku tulis tak termasuk paras rupa. Kalau di ambil kira yang tu, lg panjang berjela jadinya.

Hrmm, dah tu, aku yang mana? haihh... 



4 comments:

cEro said...

bagus ni bagus...
boleh aku buat panduan..heheheh

~* chirpy_chummy *~ said...

eh, ko jangaann.. ni pendapat aku je. dr pemerhatian aku. bkn blh percaya.


smua pn atas kehendak Allah jua..

una berry said...

I think I'm not in any of the list la
hoho~

euh, memang bukan perempuan pilihan.hoho~

~* chirpy_chummy *~ said...

hey, kita special in our own way ok.. mn bley sama dgn yg dlm list tu..x best la sm ng org, ye dak? XD

Related Posts with Thumbnails