Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, February 10, 2011

Aku sayang kamu #2

Assalammualaikum, hello korang.

CNY ritu ramai giler berpusu2 pulang ke kampung halaman. aku pn sama je laa.. 2x5. cuti 4hari beb. rugi wooo x kelik kampung. dari awal tahun aku da beli tiket bas utk blk kg raya cina ni.

macam yang aku agak, Alhamdulillah, most of my siblings pn balik. cuma kak chik n her hubby je x dpt balik.(sabar ye kak chik..bese laa..adat orang da kawen..:p ). bila da balik reramai ni, mmg kecoh la umah tu.

cuti khamis - ahad. as we know, ahad tu adalah hari persekolahan dan hari bekerja utk negeri2 d sebelah timur. so, dah nak dekat ahad tu, ofkos la ade sorang dr kanak2 yg ade dalam rumah aku tu terkecoh2 nk bt homework. aku pn suke je nk selak2 buku2 tulis dak2 ni. suke tgok ape yg di repekkan dowg. lagi2 kalu buku karangan BM or BI.

aku selak buku penulisan BM anak buah sulungku.. aku baca dan baca. hingga ke satu muka, aku hampir berlinang air mata. Ya Allah, betapa hebat anak ni, sehingga dia berupaya menanggung beban kecewa. Aku sekang air mata drp jatuh. series, lupa aku nk snap karangan dia utk tatapan korang.

ape yg mengharukan? karangan bertajuk keluarga saya.

dulu, aku kalau nk tulis karangan, aku selalu mengandaikan diri aku di tempat itu. paling berkesan, melalui pengalaman sendiri. karangan akan menjadi sgt cantik bila di isi dengan senyuman ikhlas dari hati. namun, tulisan anak buahku yg sorang ni, sgt aku fahami. dia sedang cuba mengimpikan sebuah keluarga yg bahagia.

cerita bermula dgn pengenalan kepada ahli keluarga. di ikuti tentang ibu yg tercinta. kemudian, si bapak yg jarang bertanya khabar - tetapi di tukar untuk memberi gambaran yg terbaik untuk manusia bergelar bapak. perenggan berikutnya di ceritakan tentang penyayangnya sifat kedua ibu dan bapa. bapa yg penyayang? oh, aku sgt pasti ttg ni. itu semua adalah khayalan si kecil ini. yg amat berharapkan kehadiran bapanya yg penyayang seperti suatu ketika dulu. ya, di sinilah part yg paling aku baca berulang kali sehingga hampir jatuh air mata. aku yg membaca, yg mengetahui cerita benarnya, yg sudah dewasa, blh menangis jika di beri tajuk yg sedemikian rupa, inikan pulak anak kecil ni. bagaimana dia menanggung bebannya? bagaimana dia merahsiakan rasa hatinye? bagaimana dia berhadapan dgn dunia luar yg serba sempurna familinya? bukan satu karangan yg bertajuk menjurus ke arah 'keluarga sempurna saya'. tetapi beberapa.

sampaikan sijil penghargaan yang di berikan kepada si kecil ini juga blh tersilap bintinya. nama penjaga di sangka nama bapa. apakah? adakah pihak sekolah tidak memandang isu hati nipis si anak kecil ini? borang yg di isi seringkali perlu di ulang isi. kerana cikgu sendiri tidak memahami. anak kecil ini d jaga oleh penjaga merangkap atuknya. bkn bapanya. bila di isi ruangan penjaga, cikgu pulangkan semula form tersebut, katanya salah isi. Ya Rabbi. telah berkali si atuk ni pergi menerangkan kpd pihak sekolah ttg ni. apelaaa susah sgt nk paham??

Ya Allah, aku berdoa, semoga Engkau memberikan yg terbaik utk anak2 buahku semua. semoga suatu hari nnt, akan hilang segala rasa kecewa di hati mereka, di ganti dgn yg lebih baik dari yg sebelumnya.amin.

dlm hati, aku berjanji, aku mahu menjadi seorang auntie yg terbaik utk kalian. bkn aku saja, aku yakin, smua uncle2 dan auntie2 serta nenek dan atuk kalian juga begitu.lebih2 lagi mama kamu. kami akan berikan sepenuh kasih sayang kepada kalian.insyaAllah, selagi nyawa di kandung badan.

'anak-anak' ku sayang.


4 comments:

una berry said...

tetiba rasa sedih juga
I wonder how my daughter would be in the future
hu~

~* chirpy_chummy *~ said...

sabarlah.kita merancang, tapi Dia penentu segalanya.

cokobot said...

sedih juga baca bila kanak2 terpaksa berpura-pura bahagia walaupun realitinya hanya Allah yang tau

she's tough to write such an essay

~* chirpy_chummy *~ said...

tu la pasal.. sedih baca essay dia.

Related Posts with Thumbnails