Pertama.
Terharu dan sangat berterima kasih kerana di kurniakan seorang kawan yang sangat baik. Sanggup meneman di panas terik. Sanggup berjalan kaki melintas jalan besar semata mata untuk membelikan makanan. Sanggup menunggu lama walau tiada kepentingan untuk dia. Sehingga ke saat penutup hari yang panjang, dia terus bertanya perkembangan berita asbab beliau tak dapat menunggu sehingga sudah. Syukur atas kurniaan rezeki bersahabat dengan orang yang baik baik. Tuhan, tolong lindungi kawanku itu. Engkau limpahkanlah rezeki terbaik untuk beliau. Semoga beliau beroleh keberuntungan hidup di dunia dan akhirat. Semoga bertemu jodohnya yang terbaik juga. Lelaki sebaik beliau hanya layak untuk yang baik budi dan tinggi pekertinya sahaja. Hanya Tuhan yang boleh membalas jasamu, kawan. Terima kasih tak terhingga walaupun akhir sudahnya hari ini seolah sia sia.
Kedua.
Sifat berterus terang yang dah lama tak keluar menonjol diri, akhirnya menampakkan diri semalam. Sungguh, berterus terang itu perlu di sertai kelembutan. Tapi terkurang banyak lembutnya semalam, menjadikan ianya agak keras. Apa pun kalian nak kata, aku terima. Yang benar itu selalunya pahit untuk di terima. Maaflah. Aku bukannya seorang yang pandai berkata kata.
Ketiga.
Dalam masa sebulan, terlalu banyak perkara, manusia dan peristiwa yang aku tempuh. Ada pengalaman baru dan ada juga pengalaman yang berulang. Aku perhati satu persatu. Aku cuba fahami. Semoga yang baik terus menerus mendekati dan ikuti. Semoga yang sebaliknya pula di perelokkan Tuhan.

2 comments:
1) Kalau yang baik di zaman sekarang adalah sangat rare. Keep them close.
2) Berterus terang memang ada 'seni' dia sendiri. Salah seni, nanti habis kena kecam macam esok tiada lagi.
3) Pengalaman adalah cikgu terbaik kehidupan. Ambil semuanya; yang baik jadikan amalan, yang buruk jadikan panduan.
@cero: Indeed. untuk yang first tu, yang kekal tu pun rare.
Post a Comment