Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Sunday, September 20, 2015

(1)
Jenis bacaan sebenarnya menyuntik banyak vitamin vitamin yang akhirnya sedar tak sedar mempengaruhi rangka badan penulisan seseorang - 2sen saya.

(2)
Sebaris ayat yang membuatkan kita lega kadangnya datang dari mereka yang tidak langsung kita duga. Terima kasih untuk itu. Tanda ada yang peduli.

(3)
Sebekas ais krim. Memakannya semakin  menguatkan ingatan yang entah apa apa. Ingatan yang tak perlu pun bersalut rasa vanilla - sepatutnya.

(4)
Siti Khadijah. Pergimu tetap di cemburui A'isyah.



No comments:

Related Posts with Thumbnails