Berhabuk. Toto yang dibungkus dengan beg plastik lutsinar terperosok di bawah katil. Lama tak disentuh. Dulu, setiap hujung minggu pasti toto itu akan dibentang. Kalau tak sahabat1, sahabat2 yang akan datang. Pillow talk merupakan agenda utama setiap hujung minggu bila bersua. Tiada rahsia. Kau bercerita, aku mendengar. Aku bercerita, kau mendengar. Kita ketawa, kadang berkongsi rasa duka. Lega.
Aku pikul seguni cerita pada awal mulanya bila mengetahui akan bertemu sahabat. Aku keluarkan hanya 0.1peratus sahaja daripada guni tadi. Selebihnya, aku bawa pulang semula. Lain. Tak sama rasanya. Aku tak salahkan sesiapa. Keadaan memaksa aku simpan sendiri cerita yang seguni tadi selebihnya.
Yang sebenarnya, aku rindu sahabat.
Ada tak lagi telinga yang sudi mendengar seguni cerita cerita saya?

7 comments:
Aku dapati perempuan memang ada isu macam ni ek?
Maksud aku, bila ada kawan yang sudah kahwin atau berpindah, semuanya jadi lain...
Kind of la kot, Cero. Sebab bila dah jarang bersua, ada cerita yang lama gila dah tak bersambung. Susah nak sambungkan cerita tu dari mula tinggal dulu. kalau member dah kawen pulak, dah jadi segan nak bercerita segala galanya dengan dia sebab husband dia ada sama. Lainlah kalau husband dia tu memang geng (kawan) kita gak. Gituh.
luahkan aje seguni cerita tu dalam blog :)
@zyra itulah yang aku rajin update blog ni sekarang. Pernah dulu, hampir 2tahun aku tinggalkan blog ni berhabuk.:p
Nanti saya bawa mikhail pillow talk kat sana ea..
Haha..stalk blog saya ye? Cit!
Haha..stalk blog saya ye? Cit!
Post a Comment