Ada beberapa simpang pilihan yang saya tempuh; yang sebenarnya saya sudah pun melalui semuanya. Setiap jalan di simpang berbeza itu punyai pemandangan yang cantik walaupun tidak semuanya perfek. Pedulik akan ketidaksempurnaan itu. Kita sendiri pun punya berdozen ketidaksempurnaan, yang hanya kita dan Ilahi saja yang tahu.
Simpang pertama - Melaluinya membuatkan hati saya sentiasa riang. Ketawa sentiasa. Seronok. Tetapi dengan tiba tiba muncul kejutan. Sedang enak membayangkan kemungkinan hujung jalannya, tiba tiba jalan di tutup. *sigh*
Simpang kedua - Telalu sukar untuk di mentelah keadaan jalan yang ini. Banyak cabaran, banyak usikan bunyi yang entah apa apa. Ada yang seronok dan asyik di hayati, ada juga yang membuat lelah di hati. Saya teruskan perjalanan. Banyak juga bayangan keindahan hujung jalan. Hampir di tengah jalan, terdapat sebatang pokok rendang berbunga. Ada seekor burung yang sangat comel di situ. Jalannya kecil. Tak mungkin saya dapat tebang pokok yang sedang hebat berbunga dengan seekor burung comel di situ semata mata untuk memudahkan saya tiba di hujung jalan. Ah, patah balik saja.
Simpang ketiga - Jalan lengang. Sunyi. Tiada apa. Tetapi saya tak pasti bagaimana mahu meneruskannya. Tiada tumbuhan, tiada apa. Aman. Saya berhenti seketika. Leka. Harus di teruskan jalan? Tak tahu.
Simpang keempat - Jauh juga jalan ini. Hujungnya jauh. Cantik pemandangan, bunyi bunyian dan muzik alam di sini. Kekurangannya hanya kerana ia adalah jalan yang jauh. Takut juga jatuh di tengah jalan. Sesuatu yang tak pasti, walaupun di sepanjang jalan, semuanya seolah menari dan menyanyi bersama. Atau...ini hanyalah sampingan? Padahal lagu tari itu semua hanya sekadar penghibur agar jalan itu sendiri tidak sunyi? Tak pasti. Tak pasti juga bakal berjemput atau tidak di hujung nanti. Yang pasti, melalui jalan ini hati rasa girang. Mahu berpatah, ada rasa sayang.
Jalan pertama, dah tertutup. Tiada jalan untuk ke depan.
Jalan kedua, saya berpatah balik. Mungkinkah akan terbang burung itu nanti? bunga akan layu dan pokok akan mati? Saya tak tahu.
Jalan ketiga, terlalu sunyi. Bila bila masa saya boleh teruskan jalan. Cuma tak tahu, berjaya atau tidak, di alu alukan atau selamanya sunyi?
Jalan keempat, fun. Hakikatnya, tak pasti adakah ianya sementara semata untuk menemani jalan sunyi atau apa. Jauh juga perlu di tempuh untuk ke hujungnya.

3 comments:
Kita akan terus bertemu dengan simpang, dan keputusan kita akan berbeza-beza pada masa berlainan walhal simpang itu tetaplah begitu.
Kita mesti buat keputusan dan cuba sedaya upaya menikmati keputusan itu. Jika betul, nikmati dan syukur. Jika salah, belajar harungi sedaya upaya dan patah kembali jika tak tahan dan kongsi ilmu kepada yang bakal nak buat pilihan nak lalui simpang itu.
Apapun, keputusan haruslah dibuat dari terus menganga di persimpangan tanpa berbuat apa-apa.
"I would gladly say Oh, well I did my best, rather than regretting my life with what ifs"
:-) Keep chirping....
@bro irwan - kalau ikut hati bang, memang nak itu ini. hujung jalannya tu tak tau, yang memaksa kita cuba satu satu.
Monotonous itu bosan.
Hidup nak menarik ialah hidup yang penuh cabaran.
Hik hik.
Post a Comment