"I wish you were here."
=_="
Takut juga sebenarnya. *senyum ketar ketar.jpeg*
---------------------------------------
Tak semua orang suka bercerita. Ada yang suka berahsia. Diam simpan sendiri saja. Hak individu.
Tapi kalau dalam diam, di kata tiada yang peduli, sedangkan kita pernah bertanya, benar benar kerana peduli insan, kengkadang ada juga rasa geram dekat kita, ye dak?
Sedarlah kawan, sebenarnya ramai yang peduli. Malah ada yang selalu bertanya tentang diri. Hanya kau yang suka menyendiri. Menidakkan pertolongan walau hanya pinjaman pendengaran sahaja.
Semoga Allah memelihara dirimu dan imanmu kawan. May Allah grant you Jannah. Amin.
----------------------------------------
Ikhlas.
Susah sebenarnya untuk mengikhlaskan hati. Tipu? Tanyalah diri sendiri.
Kau sedekah, semestinya kau harapkan balasan pahala, bukan? ikhlaskah itu?
Kau tolong kawan ko. Dalam hati, ko berharap agar suatu ketika, andai kau di timpa musibah, moga ada insan lain yang sudi membantu. Ikhlaskah?
Macam mana nak ikhlaskan hati? Allahuakbar. Payahnya.
Paling mudah yang aku cuba buat sekarang adalah, berniat semata mata keranaNya. Andai ada secalit rasa mengharapkan balasan itu, cepat cepatlah mengubah hati, niatkan, lakukan semata mata keranaMu ya Rabbi.
Ayuh, sama sama berusaha!

No comments:
Post a Comment