Bersyukur. Alhamdulillah. Ucapan yang kadang selalu di lupakan saat kita rasa kurang segala.
Ramai yang terlupa tentang nikmat yang telah di beri. Tak kurang juga yang tengah menaip ini juga.
Sudah Dia berikan rezeki cukup wang untuk kita, tetap kita dok rasa kurang gaji yang di beri. Iri hati bila rakan sejawatan dengarnya dapat gaji lebih daripada kita. Tak puas hati bila kononnya bos beri banyak kelonggaran kepada orang sekian sekian, sedangkan kita? Hrmm..
Dia berikan rezeki kalian kawen muda. Tetap, ada yang mengeluh bila dah kawen, semua hal tak boleh suka suka pentingkan diri sendiri. Mengeluh bila tak dapat puaskan nafsu jalan sana sini, beli itu ini.
Masa itu emas. Kita kata tak cukup 24jam. Padahal kita yang bangun subuh tidur balik, terbongkang tak hengat dunia. Malam berjaga sengkang mata. Kononnya insomnia.
Ke mana hilangnya rasa syukur? Banyak kita terlupa. Rasa diri kurang serba serbi. Tapi tak pula kita hitung, kenikmatan yang telah di beri sejak kita dalam rahim ibu lagi.
Jangan di pandang mereka yang lebih daripada kita. Tengoklah mereka yang kurang daripada kita. Letakkan kaki di dalam kasut mereka. Jelaskan, mana satu nikmat Tuhanmu yang kau mahu dustakan?
Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih, Tuhan.
No comments:
Post a Comment