Tersentak diam. Kaku bisu bila mendapat tahu kepulangan Tok Guru kesayangan ke rahmatullah. Allah ya Allah, sedihnya hati. Menitis air mata tanpa di paksa. Innalillah.
Tok Guru. Walaupun saya bukanlah sentiasa dan selalu berjumpa beliau, namun susuk tubuhnya dan mendengar suaranya sahaja sudah buat saya rasa hormat, sayang kepada beliau seperti sayangnya saya kepada seorang ayah. Alim ulama yang begitu di segani dan sangat merendah diri serta wasatiah.
Yang terakhir saya dapat berada di dalam majlis ilmu beliau adalah pada hujung tahun lepas. Bersungguh saya gagahkan diri untuk pergi ke kota Bharu pagi hari itu walaupun baru tiba ke tanah halaman pada subuhnya. Bersungguh saya mahu menatap wajah beliau walau dari jauh. Mahu berada yang di hadapan sekali, walaupun tahu, itu hanyalah angan angan. Cukuplah dari jauh, saya berdiri di hadapan pentas melihat beliau menyampaikan ceramah mingguan di bandaraya islam itu.
Allah ya Allah, Engkau tempatkanlah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di tempat Terpuji bersama golingan soleh solehin. Amin.
No comments:
Post a Comment