Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Tuesday, January 13, 2015

Ada rasa rindu kepada kenalan alam maya yang tak pernah bertemu muka. Hanya bertanya khabar di skrin monitor sahaja.

Kau sudah balik ke Tanah Melayu nampaknya. Tahniah, Doc.

Tanpa kalian tahu, aku masih membaca setiap perkembangan. Semuanya. Aku ini seorang yang susah untuk melepaskan apa yang pernah aku kenali dan punyai. Bukan seorang, tapi semua mereka juga. Dalam diam, aku masih sentiasa menunggu kemaskini di ruang maya kalian. Dan ya, nafas lega aku lepaskan apabila ternampak perkembangan baru di laman itu. Syukur. Senyum.

Ada suram di sebelah sana. Ada sunyi di sebelah situ. Ada konflik melanda di hujung itu.

Kalian, aku doakan yang terbaik untuk semua. Hidup baik baik.

3 comments:

una berry said...

doakan Una, Mar. kita pun kenal di laman ini kan? haha. dah lama kot

cEro said...

Siapa, Mar?

~* chirpy_chummy *~ said...

Una : InshaAllah, Una kuat! Itulah, dah 4tahun kot kita kenal. bermula dari laman ni la. hihi :)

Cero: Ko tak kenal kot, Cero. Bukan Dark Half. :p

Related Posts with Thumbnails