Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Thursday, October 16, 2014

i- Hari kelahiran bonda tercinta - 14/10. Semoga Tuhan memakbulkan segala doa-doa beliau. Amin.

ii- Sukar untuk mengungkapkan kata-kata yang benar-benar kita maksudkan. Contoh : Sayang, cinta, rindu. Itu adalah antara perkataan-perkataan yang sangat susah untuk aku ungkapkan kepada yang benar-benar berhak.

Hari kelahiran bonda tempoh hari, hanya ayat 'I love you' di saja yang mampu terucap di akhir perbualan. Aku pernah cuba mengungkapkan 'Kak Lang sayang ma/abah', tapi air mata cepat betul penuh di tubir mata. Betapa penuhnya maksud perkataan itu hingga aku tak mampu ungkapkan tanpa rasa yang sungguh penuh bermaksudkannya. Paham tak?

Samalah juga dengan perkataan 'rindu'. Dulu, aku pelik melihat kawan-kawan yang sungguh senang mengungkap perkataan rindu itu. Seolah ianya adalah perkataan biasa untuk orang-orang biasa. Aku cuba untuk mengungkapkan rindu. Betul. Andai ianya adalah kepada yang benar-benar kita maksudkan, akan ada simpulan sayang di dalam perkataan 'rindu' itu. Tetapi, kalau dah selalu dan kerap di ungkapkan, ia akan jadi macam angin(?). Berlalu begitu sahaja. Mudah saja di sebut tanpa maksud sebenar. Sekadar penyedap telinga untuk mereka.

iii- Seorang sobat bakal menamatkan zaman bujangnya esok. Sobat yang benar-benar rapat - membuatkan hati aku berbaur-baur. Antara gembira tak terkata, dan sedih juga. Barakallah sobat. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Amin.

iv- Perkahwinan sobat membawa kami satu geng untuk berkumpul semula. Ya Rabbi, ini adalah salah satu kegembiraan yang tak terhingga. Sobat yang jauh di utara(yang setahun-atau-dua tahun sekali turun KL untuk bertemu) turun ke sini untuk bersama-sama meraikan perkahwinan salah sorang ahli 'Cleopatra'. hihi Tazabar nak berbecok!

2 comments:

una berry said...

mar! harijadi mak kita sama! heeeee

~* chirpy_chummy *~ said...

ye ke una? waaaahhh..samalah pulak ye? :D

Related Posts with Thumbnails