Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, September 22, 2014

Angan-angan (1)
Mahu bermain salji berudara sejuk. Putih. Bersih. Snowman! ^_^
-- badan masih terasa bahang panas dari dalam punca angan angan ini bermaharajalela pada saat ini.

Angan-angan (2)
Perabut putih memang menjadi angan-angan sejak sekian lama. Aku syak mungkin gara-gara terlalu sukakan salji. Tapi, sehingga kini, tiada satu pun perabut di dalam bilik comel ini yang berwarna putih. Oh, tipu. Ada sebuah rak kecil warna merah putih. Tetap, bukan putih keseluruhannya. Jom beli cat putih.

Angan-angan(3) 
Mempunyai anak kembar lelaki perempuan. Kenapa sepasang? Saya suka anak lelaki yang boleh di ajak main tumbuk tumbuk. Boleh jadi imam pengganti walidnya jika walidnya busy out station. Bila rindu walidnya boleh tenung dia yang manis juga. Ehek! (Oh, rupa bakal walid ini mungkin boleh di kategorikan sebagai angan-angan(4). Kah! )
Kenapa sepasang? Saya mahu yang perempuan itu bulat besar mata hitamnya. Comel dan cantik. ^_^

Angan-angan(5?)
Berhijrah! Mungkin boleh main salji? Yeay!
Entah bila. :')

---------

Kesihatan? Alhamdulillah. Masih lagi berpelung mencuci dosa. Yang di penghujung barangkali.

No comments:

Related Posts with Thumbnails