Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, August 11, 2014

1.
Agustus sudah seminggu bermula. Banyak sejarah manis untuk bulan feveret ini. Namun, hati terasa sedikit sedih untuk menempuh tangga 23 nanti. Bakal meninggalkan angka 2. 


2.
Jalur masa untuk umur manusia puratanya 63tahun. Jika di gantung pita ukur (tali inci) yg punya 63 tanda aras itu di dinding, dan di potong mengikut umur, makanya pita itu semakin pendek dari tahun ke tahun, dan menghampiri ke hujung pita - Jika di izin Tuhan. Mungkin juga, potongan tali inci itu bakal berakhir sehingga ke tahun ini sahaja?

3.
Sesuatu. Semakin. Doa di utuhkan.

4.
Apakah kahwin muda dan cerai muda sudah menjadi trend masa kini? -- Perkahwinan, bukan sekadar untuk menghalalkan nafsu.

5.
Seseorang yg menghilang kini muncul kembali. Semoga warna warni gelak tawa yg pernah tercoret, di ulang kembali bersama sama sekalian kita. Buangkan yg keruh, ambil yg jernih. Syukur, Alhamdulillah.

6.
Ada rahsia terjawab dengan lampu hijau menyala. Benar segala telahan selama ini.



Kau mahu aku?

2 comments:

cEro said...

Sedang berhujan bunga kah?
hehehe

~* chirpy_chummy *~ said...

Amboi cero...

Amboi.... hahaha

Related Posts with Thumbnails