Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Monday, April 14, 2014

Saya, anak ke-4 drp 5 adik beradik. Ma, seorang surirumah sepenuh masa, Abah pula bekas seorang anggota polis berpangkat Koperal (setahun dua sebelum pencen br dpt Sarjan,Alhamdulillah).

Gaji seorang anggota polis pada zaman 70~80an sangatlah kecil kalau nk di bandingkan dengan gaji polis zaman sekarang. RM800 untuk menyara kami 5org adik beradik di tengah pusat bandar Kuala Lumpur bukanlah senang. Beli gula-gula di pasar malam, RM2 yg boleh campur campur tu pun, kami terpaksa agih sikit sorang. Rambutan sekilo, di agihkan juga biar semua dapat merasa.Ini adalah perkara biasa, bila mana semua makanan akan di agih agihkan biar semua dapat rasa sama banyak.

Pernah satu ketika, saya di denda di kunci di dalam tandas, bila saya tak reti bersyukur makan buah manggis (yg mana itu adalah kegemaran saya). Bukan tak rasa langsung, tapi dah habis, nak buat cane, ye dak? Hentak hentak kaki-saya mahukan lagi!(pesen manja mengada saya ni.huehuehue) Tapi mereka tak mampu. Teringat Ma ketika tu menangis sambil mengurung saya ke dlm tandas untuk mengajar saya erti bersyukur. Saya pun tak faham kenapa ketika tu aku memberontak seoalah tak faham kondisi keluarga. :(

Di sebabkan kami adalah satu satunya keluarga yg ketika itu bermastautin di Kuala Lumpur, makanya, kami adalah hala tuju sanak saudara yg tak putus putus datang menumpang. Tetamu di rai dengan sepenuh hati. Segala yang ada, ma abah keluarkan daripada dapur. Masa inilah akan adanya kari kepala ikan yang sedap - yg saya akan korek matanya berebut makan dengan abah. hihihi

Malam hari, adalah saat yg sangat di nanti. Saya akan duduk di buaian bersama Abah, Ma dan adik beradik lain di anjung rumah(ketika tu kami duduk di rumah flet, tingkat 7) sambil melihat bulan dan bintang dan abah akan bercerita dongeng kepada kami sambil menghiburkan kami dengan lagu lagu rakyat (lagu kesukaan kami adalah lagu 'Anak rusa Nani' ^_^ ). Sambil bernyanyi, abah gerak gerakkan buaian dan itu adalah saat paling bahagia dan takkan pernah saya lupa selagi umur masih ada, InshaAllah. ^_^

Kekurangan dan kesusahan yang kami alami, tak pernah buat kami mengeluh kpd Ilahi. Di uji dengan sakit yg bertimpa timpa, Abah tak pernah kenal erti putus asa.Rasuah bukanlah makanan kami (yg mana ramai orang akan kaitkan rasuah dgn polis dr dulu sampai sekarang) :(

Ma membantu abah dgn menjual nasi lemak. Seawal 2pagi, Ma Abah akan bangun untuk menanak nasi dan membungkusnya.Kadang kadang, aku akan tertidur di sebelah Ma semasa beliau sedang membungkus nasi lemak (bajet nak teman ma la konon..hehehe).

Semua kesusahan ini buat kami lebih bersyukur dan berserah kepada Allah atas segalanya. Alhamdulillah.
Kini, setelah lebih 10tahun Abah pencen, anak anak semakin dewasa (atau patut kata makin tua juga? huhu). Tinggal adik je yang masih belajar dan akan menamatkan pembelajarannya tak lama lagi, InshaAllah.

Kami sudah mampu melihat Ma Abah tersenyum, hela nafas lega. Alhamdulillah.

[+] Entah, kenapa entah tetiba teringat kisah lampau. Mungkin kerana ada yang meletakkan benteng bila katanya saya sudah punya segala, sedangkan dia baru mahu berjengket kenal dunia. Harta dunia tak boleh di bawa ke dunia sana, kawan. :(

Hasbunallah huwa ni'mal Wakil..


2 comments:

cEro said...

Aku pun berbapakan polis dan beribukan suri rumah...
Aku faham apa yang kau cerita...

~* chirpy_chummy *~ said...

:(

thanks cero.

Susah senang kehidupan kita, orang tak nampak. Dorang ingat kita ni tiba tiba je kot dah ada kereta, boleh jalan sana sini. *sigh*

alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails