Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, April 23, 2014

Hai pemuda,
Jangan mudah ucapkan sayang dan rindu pada si gadis yang baru kau kenali.
Ketahuilah, hati seorang gadis amat mudah di beli dengan kata kata manismu.
Tipu, andai kata ada gadis yg kata hati mereka bak batu kerasnya.
Batu pun, andai di lalukan air sentiasa, pasti akan berlekuk jua.
Sekali sudah ia berlekuk, payah untuk di kambus semula.

Hai pemuda,
Sekali kau ucap kata suka, sayang dan rindu,
Berusahalah.
Jangan sekadar ucapan di bibir sahaja.
Usaha itu luas bidangnya.
Suka dan sayang apa guna kalau tidak dengan manis halalnya.

Hai pemuda,
Jangan cepat kau buat keputusan - dia yang kau suka, sayang, rindu.
Beristikarahlah dahulu, sebelum di luahkan perasaan itu.
Cukuplah yang dulu dulu - yang akhirnya memakan hatimu dan mereka.

Hai pemuda,
Cukuplah yang lepas - yang menyakitkan,
Usahalah untuk yang lebih meyakinkan,
Istikarah - andai kamu benar benar mahu,
Suntinglah, jika dia jodohmu.
Jangan terus leka di buai perasaan itu.
Akan ada yang ketiga di antaramu.
--Halalkan dahulu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails