Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Tuesday, March 11, 2014

Sesuatu yg telah termaktub sejak azali. Qada' dan qadar. Tak siapa menjangka.

Semalam, kau baru lepas berborak ketawa makan bersama dengan dia.
Kau baru dapat temui dia selama sebulan setelah lama kau kenali hanya di alam maya - kerna kalian di jarakkan oleh beribu batu di negara sana.

Minggu lepas,
kau baru berjumpa dengan dia.
Berbincang perihal sistem dan pengkalan data.
Dia, telah sekian lama menjadi pengguna setia sistem yang kau pegang.
Dia seringkali menjadi orang pertama yg kau akan hubungi untuk bertanya tentang sebarang masalah tentang data atau sistem yg satu itu.
4tahun, kau berurusan dgn dia.
4tahun, kau harungi pahit maung sistem itu bersama dia.
Dialah pengguna setia, yang tahu segala tentang sistem itu.
Yang tahu betul tidak data yang di keluarkan oleh sistem itu.
Segala yang kecil kecil dan yang orang tak tahu, dialah otai - tahu segala.

2minggu lepas,
kau bermesyuarat bersama dia.
Dia sibuk katanya, tentang projek mega itu.
3 tahun juga, kau sering berurusan dengan dia.
3 tahun, kau perlukan dia untuk mendapatkan input itu ini untuk sistem yang kau pegang itu.
Semalam, kau bermesyuarat lagi. Di tempat dia.
Kerusi itu kosong. Tak bertuan.
Kau ambil, dan kau tumpang.
Ada rasa sayu. Yang mana kerusi itu tak di ketahui lagi sama ada akan ada tuan baru atau bagaimana.

2minggu lepas,
Dia menghubungi kau untuk bertanya tentang data.
Dah lama sebenarnya dia tak menghubungi kau.
Ayatnya masih seperti dulu, sangat mesra dan menyenangkan.
Dia mahukan suatu info, yang mudah saja kau tunaikan.
Dan itu adalah yg terakhir, email kau untuk dia..

Mereka.
Hilang.
Begitu saja.

Allahuakbar!

Tiada lain yang dapat di pohon pertolongan - kecuali kepada Dia.
Hanya Dia yang mengetahui apa yang telah terjadi.
Tiada siapa yang dapat mengetahui, di mana letaknya mereka itu kini.

Allah ya Allah,
Tolonglah kami. Bantulah mereka.
Permudahkanlah segalanya untuk mereka.
Tenangkanlah hati keluarga dan sanak saudara mereka;
serta teman teman sahabat baik mereka.
Temukanlah semula, Ya Rabb.

Andai ianya di atas langit,
Engkau turunkanlah.
Andai di dalam lautan,
Engkau keluarkanlah,
Andai di daratan,
Engkau tunjukkanlah.

Ya Rabbi,
Permudahkanlah pencarian ini.
Kasihanilah kami.
Kami memohon keampunan dan pertolongan dariMu yg Satu.

Amin..amin..amin..

#PrayForMH370

T_T
kawan kawan, kalian sentiasa di ingatanku. Ada rasa ralat. Sungguh.

2 comments:

cEro said...

Keep strong, Mar.
Dan teruskan berdoa.

~* chirpy_chummy *~ said...

mekasih Cero.

i will. inshaAllah :)

Related Posts with Thumbnails