Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Tuesday, November 26, 2013

Pandangan di halakan ke arah kesibukan orang ramai yang lalu lalang. Kalut. Bising. Tapi apa yang di dengar adalah yang di sebaliknya.

Sunyi. Sepi.

Lagu yang di pasangkan di tepi telinga di kuatkan volumnya.  Tapi masih hambar.

Ada sesuatu yang sangat di perlukannya di ketika ini. Tapi tempat dan apa rupa keadaannya masih kabur. Ah, sebenarnya bukan kabur, tapi masih tidak dapat di imajinasikan oleh minda.

Di jentik oleh kata kata yang hanya gurauan senda, mencucuh rasa pedih sakit seperti bisa. Bisa yang pada mulanya cuba di tahan, terasa sebar ke setiap anggota. Dan akhirnya kubu yang di sangka tebal kebal, runtuh jua walau nampak kental.

Yang di hadapan masih terlalu rahsia. Dalam teriak keramaian itu, dia berbisik memeluk yg Esa.

Hanya kepada Dia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails